Saturday, April 27, 2013

Gigi



Senyuuuuum ^^




Assalamualaikum...

Ini ada satu kisah yang singkat dan menarik...

Pada suatu hari, seorang wanita menaiki MRT, tetiba aje ada seorang hamba Allah tersenyum padanya. 

Dengan penuh kesungguhan, wanita tersebut membalas senyuman itu, sambil menunjukkan barisan gigi-gigi nya yang cantik.

Hamba Allah itu maseh tersenyum lagi.

Dan kali ini, dia jalan menuju ke arah wanita tersebut.

Wanita itu tersengih, sambil tersipu-sipu malu.

Hamba Allah itu membuka bicara

"Assalamualaikum. Saya cuma nak cakap, ada cili terselit di gigi awak."


Moral of the story: 

Hamba Allah ini menunjukkan contoh yang baik kerana dia berani menegur. Dan cara tegurannya juga amat bijak. Bukan senang nak jumpa orang yang macam ni. Tapi tak mustahil untuk jumpa orang macam gini. ^^









Wednesday, April 10, 2013

Takdir


Assalamualaikum...

Baru-baru ini Fadiah berkenalan dengan seorang lelaki yang mempunyai sama nama seperti sahabat lama Fadiah... 

Tetiba aje rindu sangat dengan sahabat lama tu. Semoga dia sentiasa sihat & berbahagia di bawah rahmat Allah... Oleh kerana dah tak boleh contact lagi, so bila rindu aje, doa la yang menjadi hadiah buat sahabat itu. 

Sebelum tu, ini cerita bukan tentang mana-mana lelaki. Tetapi tentang keindahan yang tercipta pada sesuatu yang dipanggil 'Takdir'. 

Ye, takdir itu kadangkala membuatkan kita tertanya-tanya. 

Apakah yang Allah ingin ajarkan padaku daripada peristiwa ini? 

Mengapa sesuatu itu terjadi? 

Apakah aku harus berserah atau berusaha dengan lebih gigih lagi?

Dan macam-macam lagi.

Seribu satu soalan akan muncul bila sesuatu perkara itu terjadi.

Bila sesuatu yang boleh dijangkakan berlaku, kita akan bersyukur & rasa happy sangat2 kan... Ada yang sampai rasa mcm dunia ini dia yang punya. Ada juga yang rasa seolah-olah kuasa itu berada di tangannya, tetapi dia terlupa bahawa ada yang Paling Berkuasa.  

Bila sesuatu yang di luar jangkaan berlaku, selalunya rasa nak nangis (ni yang selalu Fadiah rasa ^^), rasa nak marah, ada juga yang rasa putus asa & tanak hidup lagi. 

Tapikaaaaannn....

Tak semua orang rasa mcm gitu.

Ada orang yang rasa tenang walaupun dilanda kesusahan.... Ada orang yang rasa biasa-biasa bila plan dia menjadi. Jenis mereka ini dipanggil jenis yang luar biasa sikit. 

Itulah yang dinamakan 'Takdir'. 

Sebesar mana pangkat kita, sebanyak mana pon harta kita, seramai mana kawan kita.... Kita tetap tidak akan dapat melawan takdir. 

Maybe kita boleh berusaha sedaya yang termampu, tapi jika itu bukan rezeki kita, kita tetap tidak dapat mengubah apa-apa.

Walau bagaimanapun, berusahalah dan jangan berputus asa. Kerana kita boleh  'mengubah' takdir, tetapi bukan melawannya.  


Usaha + Doa + Tawakkal = KEJAYAAN. 


Selamat ber'amal! ;)



   

Saturday, April 6, 2013

Cerita Pasal Sekolah


Assalamualaikum...


Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menulis. Sekarang ni Fadiah dah mula class untuk semester baru. Class 3 kali seminggu, sebelah malam. Memang nak kena belajar organize waktu coz dengan assignments, projects, event skola etc... So nak tanak, memang kena paksa diri untuk belajar. 

Ok, untuk this sem, Fadiah amek 3 module:

- Latihan jasmani
- Bekerjasama dengan masyarakat
- Art & Craft

Yang first & third module, memang best ar. Sebab fadiah suka sgt benda2 yang membuatkan kita active. Bila kita badan kita active, baru lah terasa yang badan ni bernyawa. Heeeeeeeeee~

Kalau art & craft pulak, mmg tak yah cakap lagi coz that is my fav! Suka kaler2, draw2....walaupun saya ni bukan budak art. Hehehe

Dan sekarang ni, Fadiah dah dapat 5 assignments! 2 untuk latihan jasmani, 2 untuk class yang second tu dan 1 untuk art & craft. So, nak tanak, kena enjoy untuk buat assignment. Nak kena banyakkan membaca & tingkatkan observation, supaya nanti boleh dapat idea yang best2. InsyaAllah...


Semoga dipermudahkan segalanya. Fighting! Bismillah. ^^