Wednesday, May 29, 2013

Perjalanan

Assalamualaikum....


Keep on going....
but if you need a rest, do stop for a while.





Setiap perjalanan pasti ada destinasi. 

Setiap destinasi pasti ada matlamat yang diingini.

Begitu juga dengan hidup ini.

Ibarat sebuah perjalanan.



Bagi yang percaya 

bahawa hidup ini sekadar di dunia,

maka destinasinya adalah dunia.

Jika dunia ini musnah,

maka tamatlah destinasi mereka. 



Bagi yang beriman pada Allah, 

dunia ini ibarat sebuah perjalanan.

Dan destinasinya ialah Jannah,

juga dikenali sebagai syurga.



Jika dunia ini musnah, 

maka perjalanan terhenti.

Akan tetapi,

adakah kita akan tiba di destinasi

yang diingini?


InsyaAllah, dengan rahmat Allah, kata yang bersemangat

Terpulang pada amalan, kata yang separuh semangat



Oleh itu,

selagi dunia ini belum musnah,

selagi nafas masih di dada,

selagi mata masih terbuka,

usah pernah mengalah atau berhenti.



Kerana perjalanan maseh panjang.

Destinasi maseh menanti. 




Teruskan berjuang, sahabatku...




Friday, May 10, 2013

Seiras


 Assalamualaikum....


Reflection

Baru-baru ni ada orang cakap dengan saya...

"Fadiah, kita ada sorang kawan yang muka dia betol-betol macam awak.... Exactly the same."

"Ye ke?" 

"A'ah... betoooool!!! Bila kita tengok awak, mesti kita teringat dia."

"Owhhh ok. ermmm, kawan awak tu lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Owwwwhhh ooookay..." *krik krik*

"Awak nak kenal dengan dia?"


Saya cuma senyum aje.

Kawan saya pon dengan semangatnya menyuruh saya google pasal budak tu. Mmg senang nak cari pasal dia  coz he is quite famous. Tak terlalu famous la. Cuma sikit-sikit aje. Hehehe...

Kalau orang kata, muka yang seiras tu maknanya jodoh panjang.

Saya pula kata Jodoh itu ditangan Allah.^^