Monday, October 19, 2009

Childhood Friendship

"Friendship is like a line of glasses. Handle it with care. Once it broken, it can never be repair."

Pernah dengar tak kata2 ni? Alah...dolu2 masa zaman skola kita selalu tulis kata2 mcm ni kat autograph book. Ingat lagi tak?

Masa zaman primary skool dulu, kita kawan2 masa time skola je. Time dabes skola, kita dah tak contact sgt. Kalau main2 pun, dgn kawan2 yang tinggal dekat dengan rumah je. During that period, friendship is more to those who we play with. Aku teringat masa zaman primary skool dulu.

Aku skola madrasah. Kita solat zohor & asar di skola. Suatu hari, masa solat zohor (dat time primary 3), seorang kawan baik ku kata: "Fadiah, anti nak tengok semut putih banyak2 tak?"

Aku: "Semut putih? Ada ke?"

Dia: "Ada! Time solat nanti, kita diri kat belakang sekali. Nanti masa orang sujud, kita jangan sujud dulu k..."

Aku: "Ok...!"


Dan semasa orang2 sedang sujud...


Aku: "Anti, mana semut2 putih tu?"

Dia: "Tu..." (sambil tunjuk kat orang2 yang sedang bersujud)

Aku: "Waaaaaah...A'ah la... (terpaku)


Masa dulu, tak terpikir pun yang benda tu kelakar. Aku kagum lagi ada. Dan sekarang ni, bila ingat2 balik, buatkan aku tersenyum sendiri. Kawan baik aku tu memang unik. Cara dia pandang sesuatu berbeza sungguh dari orang2 lain. Dia suka dengan benda2 yang ganjil & pelik. Tak semua orang boleh terima dengan cara dia. Tapi dia tetap jadi dirinya. Aku kagum dengannya.

Dan sekarang ni, Alhamdulillah, kerana kami masih lagi berhubung. Walaupun tak serapat dulu, tali persahabatan tetap dikuatkan dengan berhubung sekali-sekala, bertanya kabar bila teringat.


New friends are fabulous and awesome
and
Old friends are always the best!

No comments: