Assalammualaikum
Ok. nak cuba tulis dalam bahasa Melayu. Ayoosh dah cuba. Sekarang giliran dyah pula. Hehe..
Dalam hidup ini, terlalu banyak keputusan yang kita kena buat. Sebab tu kita kena pilih betol2. Tapi kalau org mcm dyah ni, yang selalu berubah2 fikiran, susah sikit la...Dyah mmg tak pandai nak buat keputusan yg penting, tapi Dyah nak cuba jugak. Dyah tak nak berputus asa.
Macam gitu jugak dgn perasaan ni.
Suka kat orang, tapi orang tak suke kat kita. Kadang tu pulak, kita tak suka kat orang, tapi orang suka kat kita.
Layan je laaaa. Kadang2 penat nak layan perasaan ni. Dyah bukan nye seorang yang suka layan perasaan, tapi orang selalu ingat Dyah
takde perasaan. Kenapa eh?
Dyah kawan dgn W. Baik dengan dia. Tapi kadang2 dia tak faham Dyah. Dyah penah tanya dia, dia anggap Dyah sebagai apa. Dia kata kawan rapat. Tapi macam gini ke kawan?
Bukan ke kawan kena kongsi susah & senang bersama?
Bukan ke kawan kena ada bila kita perlukan seseorang?
Bukan ke kawan kena saling tolong-menolong?
Tapi tu semua Dyah tak rasa bila dengan W. Ini betol-betol, bukan cobaan.
Selalu Dyah je yang dengar masalah dia. Masalah Dyah? Jangan haraplah dia nak tanya. Dyah je yang kadang2 cerita atau minta pendapat dia.
Semua tentang dia. Dia suka perempuan tu, dia stress dengan budak tu, dia ada masalah ni, mcam2 la....Tentang Dyah?
Dyah tak harap dia concern pasal dia. Cuma SEKARANG ni, Dyah
baru sedar yang selama ni PERSAHABATAN kita berat sebelah. Dyah tak harapkan balasan dari dia, tapi Dyah cuma
nak dia tahu yang Dyah ni manusia. Masih ada perasaan. Masih ada hati.Kalau sesapa yang baca Blog Dyah ni & kenal dgn W, sila la pesan dgn dia.Dyah hargai dia sebagai kawan. Dyah tak marah. Dyah tak sedih. Cuma Dyah terkilan.
Kita semua manusia. Setiap perbuatan kita ada batas. Nak jadi baik, ada batas. Nak jadi jahat pun ada batas. Dyah tahu W pun manusia. Ada kelemahan. Dyah akan maafkan kalau itu yg dipinta. Cuma Dyah nak di dengar dan nak DIA tahu.
Cukup lah 2 tahun Dyah lalui. Agaknya sebab tu la antara lelaki & perempuan tak boleh rapat sgt. Mungkin.
Dyah TAK salahkan dia. Sebab apa yang terjadi pada diri Dyah, Dyah yang pilih. Dyah nak dia tahu supaya dia tak akan buat orang lain mcm mana dia buat Dyah.
Dan sekarang ni, keputusan Dyah untuk tinggalkan dia. Walaupun amat berat dan payah, Dyah nak cuba. Sebab....
Dyah dah penat.
Assalammualaikum =)