Sunday, January 3, 2010

Jatuh

Assalammualaikum


Terasa nak menulis dalam bahasa melayu. Baru ingat nak tidur cepat hari ni. Tapi mata ni maseh segar nak menatap skrin laptop ni. Huhuhu.

Mari aku cerita sedikit tentang apa yang berlaku hari ni. Pagi2 lagi dah keluar untuk mengajar madrasah. Dah lama tak mengajar & bila mengajar pagi tadi, aku terasa sedikit kepuasan sebab dapat berkongsi serba sedikit ilmu dengan adek2 ni.... Untuk kelas aku, sepatutnya ada 11 orang kesemuanya. Tapi oleh kerana minggu PERTAMA persekolahan, jadi yang datang cuma 4 orang je. Dan Alhamdulillah, kesemua mereka memberi kerjasama yang baik. Walaupun kadang-kala mereka tidak betah untuk duduk. Biasa laaaaa...remaja. Sape yang suka nak dengar cikgu berbual? Hahaha...

Cuma satu saje yang aku kurang setuju ialah tentang sistem pengendalian kelas tersebut. Patot ke kita diberi penerangan tentang apa yang patot diajar pada hari yang sama sebelum kelas bermula? Sabar je laaaa...huhuhu.

Bak kata seorang teman: "Khair InsyaAllah =)"

Ok, selepas mengajar, aku terus ke Boon Lay untuk bertemu dgn W. Mula2 macam malas, tapi kena rajin2kan diri ni sebab W dah tolong bawakkan grad audit & partial transcript aku dari KL ke S'pura. Jaouh tuuuu...Jasamu di kenang, W... Mula2 ingatkan nak bebual2 dgn W sebab dah alang2 berjumpa...tapi takde rezeki nampaknye...sebab parent dia pun ikot sekali...so dia tak boleh lama. Jadi lepas dia beri pada aku benda tu, kita jalan jap & aku pun alek. Khair insyaAllah...

Lepas tu, aku tak tahu hendak ke mana. sebab kalau ikot plan sebenarnya, aku nak lepak dgn W jap, then terus ke Orchard selepas asar. Aku janji dgn Ayoosh untuk bertemu dengannya. Tapi memandangkan plan dah berubah, aku pun terus ke Orchard & layan diri sorang2. Sewaktu melayan diri tu, tetiba perasaan sedih menyelubungi hati ini.

Aku sedih. kerana terjatuh lagi. Malam sebelumnya berulang sekali lagi benda yang sepatotnya aku elakkan. Aku terlalu ikotkan rasa. Orang kata kalau ikotkan rasa, binasa. Itu lah diri aku.
Itu apa yang aku rasa petang tadi.

Oleh kerana lama lagi nak bertemu dgn Ayoosh, aku berjalan perlahan2 menuju ke Masjid al-Falah. Di situ, aku mencari ketenangan yang hilang. Aku menangis. Dah lama tak nangis mcm tadi..Dan Alhamdulillah, aku menemui ketenangan itu. Walaupun tidak banyak, tapi ia dapat mengurangkan keresahan di hati ini.

Selepas asar, Ayoosh pun tiba. Kita jalan2, makan2 & buat sesi luahan. Terima kasih Ayoosh kerana sudi meluangkan masa bersama & menyinarkan sedikit cahaya dalam hidup ini. *winks*

Banyak benda yang aku fikirkan sejak dah mula bekerja ni. Tentang masa depan, tentang masalah umat Islam di Singapura, tentang keadaan di tempat kerja...macam2 la... Lepas tu campur lagi dengan perasaan2 rindu aku terhadap kawan2...seperti adek2 aku, W etc...

Tapi walau macam mana besar atau banyak masalah yang datang sekali pun, aku TAK AKAN berputus asa. Biarlah lambat atau terhenti seketika, tapi aku akan teruskan.
Sebab itu ada lah diri aku.

Khair InsyaAllah ;)

1 comment:

Ayoosha said...

khair inshalah ;P

;);););););););):):):):)

nanti kita jumpa lagi ek.. kita enjoy ketawa puas2