Sunday, August 7, 2011

Dunia Yang Indah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Orang kata, "This world will appear on HOW we view it from our eyes."

Dan Fadiah dapati kata-kata itu sedikit sebanyak ada kebenarannya.

Bahkan ianya bukan hanya untuk dunia sahaja, tetapi untuk bagaimana kita melalui kehidupan di dunia ini. Sebab itu lah, Fadiah sedaya-upaya memikirkan hal-hal yang baik sahaja.

Tetapi di dalam memikirkan hal-hal yang baik sahaja, Fadiah tidak dapat lari dari ujian. Satu persatu ujian Fadiah tempuhi... Kadangkala rasa seperti hendak menyerah, tapi jauh di sudut hati ini, ada suara kecil mengatakan "Teruskan lah walaupun nyawamu sudah sampai ke penghujungnya..."

Dan sempena bulan yang mulia ini, Alhamdulillah, Fadiah di beri kekuatan untuk mengharungi ujian tersebut. Bukan mahu lari dari masalah, tetapi sedang mengatur strategi serta mengumpul semangat supaya boleh berhadapan dengan masalah itu.

Awak mesti tertanya kan... Masalah apakah itu? Besar sangat ke masalah Fadiah ni?

Hehehehe...

Sebenarnya, masalah ni berpunca dari diri Fadiah sendiri. Diri yang terlalu berkeyakinan hingga ke langit, tetapi apa bila sudah tahu betapa rendahnya langit itu, mula lah turun ke bumi sedikit demi sedikit...

Alamak....metafora yang diberikan terlalu tinggi la pulak...

Baiklah, terus terang Fadiah katakan, masalah ini adalah masalah dengan diri sendiri. Pembaca-pembaca yang setia pasti ingat pada W kaaaaan?

Bagaimana Fadiah ada hati padanya... betapa Fadiah sayangkan dia... Kadangkala rasakan hanya dia sahaja lah yang faham Fadiah....

Tetapi dua tahun lepas, sesuatu terjadi. Fadiah dapat tahu dia sudah berpunya. Ye, sekali lagi di ulangi, dia SUDAH BERPUNYA. Walaupun Fadiah tidak dengar dari mulut W sendiri, tapi Fadiah tahu hamba ALLAH yang memberitahu itu tidak berbohong.

Oleh itu, sekarang ini Fadiah sedang mengumpul kekuatan untuk melepaskan dia. Kali ini, Fadiah tekad. Biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya. Dan memang itu yang Fadiah inginkan untuknya.

Tentang hati Fadiah ini, tak perlu risau. Kerana terus terang Fadiah katakan bahawa Fadiah memang seorang perempuan yang pemalu. Sukar hendak meluahkan isi hati. Bukan takut, tetapi malu.

Jadi cukuplah W tahu bahawa Fadiah menghargai tidak lebih dari seorang kawan. Walaupun sebenarnya tidak.

Tidak mengapa. Setiap ketentuan ALLAH itu PASTI ada hikmah di sebaliknya. Dan itu, Fadiah PERCAYA.



No comments: