Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ye, memang dah agak lama saya tidak mengemaskini belog ini.
Dan ye, sekali lagi, kerana saya akan menggunakan Bahasa Melayu bagi penulisan belog saya kali ini.
Menjadi seorang guru tadika telah mengajar saya banyak perkara. Mengajar saya untuk menjadi sabar. Mengajar saya untuk menghormat pandangan orang lain. Dan juga, mengajar saya untuk banyak berdiam.
Dalam kehidupan ini, tanpa kita sedari, kita terlalu banyak cakap.Sebelum saya memulakan perbicaraan tanpa suara ini, saya ingin berkongsi tentang satu hadith yang 'fofular' ^^ :
Dari Abu Hurairah R.A. telah berkata Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Qiamat hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Qiamat hendaklah dia berbuat baik terhadap jirannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Qiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."
Selama hampir 29 tahun saya hidup di muka bumi ini, saya boleh ingat hanya berapa kali saja yang saya bercakap tentang perkara2 yang baik. Dan yang selebihnya, ianya adalah perkara2 yang tidak berfaedah atau pun yang kosong. Macam orang2 Indoesia kata 'Omong kosong'. Hehehe...
Ye, saya mengaku bahawa saya memang seorang yang suka berjenaka.
Ye, saya mengaku bahawa saya memang seorang yang suka bercakap, sehingga kadangkala membuat orang rasa menyampah pada saya. Saya juga bercakap tentang orang lain. Saya ada juga mengutuk dan juga bercakap berlebihan.
Tetapi saya tidak pernah mengada-adakan cerita. Segala apa yang terjadi, memang betol-betol terjadi.
Dan segala perbuatan yang kurang elok pernah saya buat, memang amat di kesali. Saya tidak akan menulis dengan lebih lanjut tentang kekesalan saya. Cukuplah saya sekadar menyatakan yang saya menyesal. kerana bagi saya, kekesalan yang bersungguh hanya diluahkan di hadapan ALLAH, dan bukan pada manusia, mahupun di internet.
Di akhir penulisan kali ini, saya amat berharap pada kawan-kawan yang amat saya kasihi,
jika ada cerita tentang orang yang kamu mahu kongsikan dengan saya, lupakan saja.
jika ada kata-kata hikmah atau nasihat yang mahu diberikan pada saya, silakan.
jika kamu tidak tahu hendak berkata apa-apa, cukuplah sekadar melemparkan senyum, memberi salam dan bertanya khabar.
kerana saya juga akan membuat begitu. Saya akan cuba.
jikalau saya senyap, bukan bererti saya marah atau sudah lupakan kamu...tetapi saya mencari sesuatu yg baik untuk dikatakan kepada kamu.
Sekian. Terima kaseh ^^
No comments:
Post a Comment