Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
"People come and go. Oh well, that's life." ^^
Baru-baru ini, ada seorg kawan Fadiah yang kata dia tanak berhubung dengan Fadiah lagi.
Bedek la kalau kata Fadiah tak sedih. Ye, saya sedih. Tapi tak dapat nak paksa orang untuk terus berkawan dengan kita kan.
Persahabatan, percintaan, perkahwinan dan apa-apa hubungan sekalipun, merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dipaksa. kerana ianya berkaitan dengan hati.
Sepanjang hidup di dunia ini, Fadiah berkawan dengan ramai orang. & dari situ, Fadiah dapat menilai yang mana kawan yang sejati & sebaliknya.
Walau apa pun keadaan sekali pun, teruskan berbaik sangka. Fadiah tetap ingat dia sebagai seorang kawan yang pernah berkongsi & mengajar sesuatu.
Dia ada buat satu permintaan terakhir, iaitu memadam segala yg berkaitan dengan diri dia.
Di sini Fadiah nak minta maaf, kerana terus terang Fadiah katakan, Fadiah tak dapat buang apa2 kerana semua ni adalah sebahagian dari memori Fadiah.
Bila umur dah meningkat ni, kita semakin lebih menghargai daripada menghindari. Ye, itu yang Fadiah rasa. Walau sakit mcm mana sekalipun, Fadiah kena bertahan. Tak nak mengelak. kerana itu lah lumrah kehidupan.
Kesakitan itu mengajar kita untuk menjadi kuat.
Dulu masa muda remaja, Fadiah memang suka mengelak. Bila ada masalah sikit aje, mula la duduk sembunyi sorang2. So, Fadiah faham sedikit sebanyak apa yang kawan Fadiah tu rasa.
Ada jugak orang kata yang Fadiah ni pentingkan diri sendiri, insensitive & macam-macam lagi. Tapi mcm W dan Bluefairy cakap, biarlah apa orang nak kata. Mereka tak faham keadaan kita. Mereka hanya menilai dari luaran. Diorang pon penah lalui apa yang Fadiah lalui. Orang kata diorang selfish. So, biarkan laaaa~
Untuk kawan Fadiah yang dah tanak kawan lagi tu: Terima kaseh kerana kehadiran awak mengajar sesuatu. Memori itu memang tak dapat dilupakan kerana ia sebahagian dari kehidupan saya. Maaf kerana kehadiran diri ini menyusahkan awak. Maaf juga sekiranya salah menilai atau menafsir awak. Maaf juga kerana tidak dapat menjadi seorang kawan yang baik. Setiap yang berlaku ada hikmah. Pasti. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik awak. Kheir InsyaAllah ^^
No comments:
Post a Comment