Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ok, pada hari ini, Fadiah ingin cuba menulis di dalam Bahasa Melayu yang baik, bukan Bahasa Melayu rojak yang selalu Fadiah gunakan. Kita cuba k...Bismillah...
Hari ini, Fadiah ingin membicarakan soal hati...
Teringat kata-kata dari sebuah novel:
"Jika kita menulis dari hati, orang akan terasa bila membaca hasil penulisan kita..."
Ye, itu dari sebuah novel fiksyen. Ia nya rekaan semata-mata. Tetapi, bila kita berbicara tentang hati, memang begitu yang selalu kita akan rasa.
Dari hati, turun ke hati.
Sebab itu, ada sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang menyebutkan tentang pentingnya seketul daging bernama 'HATI' itu.
Ia sangat penting seperti pentingnya sebuah microchip untuk sebuah komputer. Pentingnya juga seperti fungsi sebuah engin untuk sebuah kereta. Jika ia rosak atau tidak berfungsi dengan baik, maka kerosakan juga akan bermula.
Oleh itu, kita harus menjaga hati ini seumpama menjaga sebuah permata yang sangat berharga. Jagalah ia juga sebagaimana awak menjaga barang-barang berharga hasil pemberian dari orang yang awak sayangi.
Jagalah ia juga seperti awak menjaga kesihatan, harta dan juga penampilan awak.
Kerana hakikatnya, orang akan menilai hati kita. Bukan rupa dan harta kita.
Jika pada mulanya, orang sudah tentu akan melihat pada muka, bentuk badan serta status seseorang, tetapi untuk jangka masa yang panjang, mereka akan mula menilai awak dari cara layanan awak, serta tingkah laku awak terhadap mereka. Dan akhlak itu, adalah hasil daripada keadaan hati awak. Dan keadaan hati awak itu, bergantung pada keadaan iman serta pengaruh kepercayaana awak.
Bagi memudahkan untuk awak faham, Fadiah akan cuba untuk menyimpulkan secara mudah:
IMAN / KEPERCAYAAN ---> HATI ---> AKHLAK / TINGKAH LAKU
Jadi, mari lah kita menjaga hati kita. Usah fikirkan sangat tentang perkara-perkara yang diluar kawalan awak. Fokuskan pada perkara yang boleh awak usahakan, iaitu menjadi seorang hamba yang taat, anak yang soleh / solehah, suami / isteri yang baik, dan pekerja yang cemerlang.
Niatkan kerana Allah & usahakan yang terbaik. Jika ada orang yang meragui tentang keikhlasan awak, abaikan mereka. Kerana, awak tahu apa yang awak lakukan.
Jika ia datang dari hati yang bersih, orang akan merasainya juga. InsyaAllah.
Ramadhan kareem....~ ^^
No comments:
Post a Comment