Sunday, July 28, 2013

Belakang Tabir



Dari belakang tabir
Aku melihat
Penyanyi itu berdendang
Dengan suaranya yang lunak

Dari belakang tabir
Aku memandang
Mimik-mimik muka yang berbeza
Dari pelakon-pelakon handalan
Yang berada di atas pentas

Dari belakang tabir
Aku melihat
Dan aku belajar

Bila disuruh menurunkan tirai
Segera aku turunkan
Terlari-lari menyusun prop
Bagi babak yang seterusnya

Aku belajar erti kesabaran
Bila terdengar suara sumbang mengatakan
"Engkau belakang tabir aje,
Tak payahlah orang kenal."

Aku tersenyum
Kerana dengan ayat sebegitu
Aku jadi semakin kuat

Biarlah orang tidak sedar
Akan kehadiranku
Biarlah orang tidak faham
Perasaanku
Kerana apa yang penting
Allah sentiasa faham
Allah ada.

No comments: