Saturday, January 16, 2010

Fare thee Well

Assalamualaikum

Dan setelah beberapa kali berkata pada diri tentang perasaan ini, Dyah akhirnya berputus untuk melepaskan dia.

Selamat tinggal, W. Dyah bukan tak sayang persahabatan ini, tapi kerana terlalu sayang la dyah terpaksa tinggalkan. Dyah tahu susah, sebab tu dyah nak cuba. and I know that it is not an easy thing.

Kawan-kawan semua pesan dengan dyah, biarlah masa yang menentukan segalanya. Ye, tapi dyah ni tak sabar. Bagi dyah, masa terlalu lama untuk dinanti. Oleh itu, dyah buat keputusan untuk mengundurkan diri.

Semalam dyah msg W kat Fb, tanya dia nape dia senyap je. Dyah kata lah yang dyah rindukan kawan dyah. Dyah rindu nak bebual2 dgn dia. & tadi dia reply. Dia kata sejak nenek dia meninggal, dia jadi kadang betol & kadang tak. Dyah tak tahu nak percaya atau tak. Apa2 pun, kalau dia jujur, khair insyaAllah. kalau tidak pun, dyah tahu dia buat gitu sebab nak jaga hati dyah. Dia mintak dyah faham. Dyah cuba faham. InsyaAllah.

Apa2 pun, dyah nak cuba hidup tanpa dia. Dyah nak cuba untuk lupakan dia. Dyah nak kena move on. Kali ini betol2. Fadiah BOLEH!!!!

"Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan..."



Rasa Ini

Assalamualaikum

Dyah tak suke rasa ni.

Kadang2 rasa penat nak layan perasaan-perasaan yang tak penting ni.

Tapi dyah tahu, perasaan ni adalah ujian.

Dyah bersyukur sebab dengan adanya rasa ini, dyah tahu nak menghargai dia.

Tapi kadangkala penat jugak dengan rasa ini.

Apa-apa pun, Khair InsyaAllah.



Kena yakin k, Fadiah =)



Sunday, January 10, 2010

Private

Assalamualaikum...







Tiba-tiba aku dapat ilham untuk nak 'private' kan blog ni...

So...

Tak lama lagi lah...






TUNGGUUUUUUUUUUUUU...







P/S: Pada sesiapa yang sudi untuk membaca blog aku, bagi la email korang k...

Saturday, January 9, 2010

Bukan Untuk Dijual

Assalamualaikum



Benda2 yang tidak boleh dijual-beli, meskipun kita ada seluruh harta di dunia ini:

1. Iman

2. Hati

3. Perasaan

4. Maruah

5. Ahli Keluarga

6. Persahabatan yang SEJATI

7. Kepercayaan

8. Rasa hormat

9. Kasih Sayang

10. Kenangan

Kalau tidak percaya, cubalah. Dan jikalau ada yang kurang, tambahlah. Takot terlupa. Biasalah. Manusia =)

Wednesday, January 6, 2010

Bahasa KITA

Assalamualaikum..

Ok...PENGUMUMAN: Mulai dari entri ini, aku nak membiasakan diri untuk menulis dalam bahasa Melayu yang betul. Biarlah kalau orang tak faham ke...orang nak kata skema ke... tidak mengikuti perkembangan zaman ke...peduli apa...yang penting, aku sayang bahasa aku =)

Apa yang membuatkan aku bersikap begini?

Ok, kerana 2 sebab:

(1) Sebab aku dapat inspirasi dari Dila & Ayoosh =)

(2) Sebab aku mengajar & aku dapati bahawa anak-anak di Singapura yang berBANGSA MELAYU, tapi tidak tahu atau tidak fasih berbual MELAYU...

Aku tidak bermaksud hendak fanatik dengan bahasa....TIDAK.

Cakap atau gunakanlah bahasa mengikut keadaan yang sesuai.

Kalau bercakap dengan orang Melayu, gunalah bahasa Melayu. Kalau bercakap dengan bangsa lain, gunalah bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa yang boleh difahami.

Dan sekarang ni, aku sedang memerah otak tentang cara untuk mengajar anak-anak ini...

Seawal umur 3-4 tahun sudah tidak tahu berbahasa Melayu. tetapi bila tengok bangsanya diletakkan Bangsa: MELAYU.

Hairan bukan?


Sunday, January 3, 2010

Jatuh

Assalammualaikum


Terasa nak menulis dalam bahasa melayu. Baru ingat nak tidur cepat hari ni. Tapi mata ni maseh segar nak menatap skrin laptop ni. Huhuhu.

Mari aku cerita sedikit tentang apa yang berlaku hari ni. Pagi2 lagi dah keluar untuk mengajar madrasah. Dah lama tak mengajar & bila mengajar pagi tadi, aku terasa sedikit kepuasan sebab dapat berkongsi serba sedikit ilmu dengan adek2 ni.... Untuk kelas aku, sepatutnya ada 11 orang kesemuanya. Tapi oleh kerana minggu PERTAMA persekolahan, jadi yang datang cuma 4 orang je. Dan Alhamdulillah, kesemua mereka memberi kerjasama yang baik. Walaupun kadang-kala mereka tidak betah untuk duduk. Biasa laaaaa...remaja. Sape yang suka nak dengar cikgu berbual? Hahaha...

Cuma satu saje yang aku kurang setuju ialah tentang sistem pengendalian kelas tersebut. Patot ke kita diberi penerangan tentang apa yang patot diajar pada hari yang sama sebelum kelas bermula? Sabar je laaaa...huhuhu.

Bak kata seorang teman: "Khair InsyaAllah =)"

Ok, selepas mengajar, aku terus ke Boon Lay untuk bertemu dgn W. Mula2 macam malas, tapi kena rajin2kan diri ni sebab W dah tolong bawakkan grad audit & partial transcript aku dari KL ke S'pura. Jaouh tuuuu...Jasamu di kenang, W... Mula2 ingatkan nak bebual2 dgn W sebab dah alang2 berjumpa...tapi takde rezeki nampaknye...sebab parent dia pun ikot sekali...so dia tak boleh lama. Jadi lepas dia beri pada aku benda tu, kita jalan jap & aku pun alek. Khair insyaAllah...

Lepas tu, aku tak tahu hendak ke mana. sebab kalau ikot plan sebenarnya, aku nak lepak dgn W jap, then terus ke Orchard selepas asar. Aku janji dgn Ayoosh untuk bertemu dengannya. Tapi memandangkan plan dah berubah, aku pun terus ke Orchard & layan diri sorang2. Sewaktu melayan diri tu, tetiba perasaan sedih menyelubungi hati ini.

Aku sedih. kerana terjatuh lagi. Malam sebelumnya berulang sekali lagi benda yang sepatotnya aku elakkan. Aku terlalu ikotkan rasa. Orang kata kalau ikotkan rasa, binasa. Itu lah diri aku.
Itu apa yang aku rasa petang tadi.

Oleh kerana lama lagi nak bertemu dgn Ayoosh, aku berjalan perlahan2 menuju ke Masjid al-Falah. Di situ, aku mencari ketenangan yang hilang. Aku menangis. Dah lama tak nangis mcm tadi..Dan Alhamdulillah, aku menemui ketenangan itu. Walaupun tidak banyak, tapi ia dapat mengurangkan keresahan di hati ini.

Selepas asar, Ayoosh pun tiba. Kita jalan2, makan2 & buat sesi luahan. Terima kasih Ayoosh kerana sudi meluangkan masa bersama & menyinarkan sedikit cahaya dalam hidup ini. *winks*

Banyak benda yang aku fikirkan sejak dah mula bekerja ni. Tentang masa depan, tentang masalah umat Islam di Singapura, tentang keadaan di tempat kerja...macam2 la... Lepas tu campur lagi dengan perasaan2 rindu aku terhadap kawan2...seperti adek2 aku, W etc...

Tapi walau macam mana besar atau banyak masalah yang datang sekali pun, aku TAK AKAN berputus asa. Biarlah lambat atau terhenti seketika, tapi aku akan teruskan.
Sebab itu ada lah diri aku.

Khair InsyaAllah ;)

Friday, January 1, 2010

Rindu


Assalamualaikum



Kawan saya kata,

Kalau kita Rindukan seseorang,

kita doakan untuk dia.

Oleh itu,

saya nak berdoa dan terus berdoa untuk orang2 yang saya rindu.


"Ya Allah, KAU jagalah orang2 yang aku rindu. Ampunkanlah dosa2 mereka dan kabulkan permintaan mereka. Jika ada diantara mereka yg di dalam kesusahan, KAU senangkanlah. Jika ada diantara mereka yg resah, KAU tenangkanlah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya selain daripada Mu. Ameen ya rabb...."