Tuesday, January 25, 2011

Ingat ingat ye...


"Kiasan hidup ibarat roda. Kekadang di atas, di bawah, di atas semula. Redha & Syukur atas kehendakNya. Itu lah tanda kasih sayang kita..."

Kehidupan adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Kadang2 kita dah plan baik2, kita nampak macam smooth aje...tapi in the end, terjadi sesuatu di luar jangkaan.

Masa tu la kita rasa nak putus asa. Kita rasa yang kita ni takde kuasa nak control semua tu. Baru la kita sedar yang langit tu tinggi atau rendah. Baru lah kita nak sedar yang ada LEBIH berkuasa.

Sebab tu kita selalu di ingatkan supaya berhati2.

Kita juga di ingatkan agar jangan buat orang, kalau tanak orang buat kita.

Sebab tu memang fitrah kehidupan. Benda baik di balas baik. Begitulah sebaliknya. Kalau nak orang buat baik dgn kita, buatlah baik dgn orang. Kebaikan atau kejahatan mesti bermula dengan diri kita dulu.

Kenapa begitu ye?

Kerana ALLAH itu Maha Adil.

Tapi kadang kalau kita buat baik, orang tak balas baik pun.... Kadang2 Fadiah pun rasa macam nak give up tapi tetap teruskan bila nak buat kebaikan ni...tapi, Fadiah teringat...

Disini lah sebenarnya ALLAH nak uji kita. DIA nak tengok kita ni buat baik kerana apa.

Kerana nak balasan ke?

Atau kerana DIA?

So....siapa kata senang nak buat baik?

Tapi, jangan sampai tanak buat baik pula ye =)


Selamat ber'amal ;)



No comments: