Friday, August 12, 2011

Sepi

Assalamualaikum...

Sekadar sedikit luahan tanpa suara... Enjoyzzzz....



Sepi itu datang lagi
Menyapaku sendirian
Kali ini ia datang
Membawa kenangan-kenangan lama

Sepi berbicara
Menyuruhku kembali pada zaman itu
Duduk terdiam
Melihat kenangan-kenangan itu

Diri bertanya
Ada apa dengan kenangan itu?
Sepi berkata
Kerana padanya tersembunyi pengajaran
Kerana padanya tercipta persahabatan
Kerana padanya terselit keikhlasan

Diri berkata
Tetapi bukankah kita di suruh
Untuk melupakan kenangan itu?
Kita di suruh untuk pandang ke hadapan
Dan bukan ke belakang

Sepi berkata
Ya, tidak salah katamu
Tetapi memandang ke belakang juga
Dapat mengajar kita
Untuk lebih berhati-hati
Dan jangan berputus asa

Sepi menyambung
Diri ini juga tercipta
Bukan sekadar untuk masa hadapan
Tetapi diri turut membawa bersama
Kenangan-kenangan silam
Kerana itu diri akan di persoalkan
Ketika pertemuan dengan Tuhan

Diri mengakui kebenaran sepi
Ternyata kedatangannya
Membawa rahmat
Dan ketenangan

Terima kasih, sepi








1 comment:

ayoosh said...

Bila sepi kerana seseorang, dan orang tu tidak pedulikan kita, it's really disappointed.

Cuba bersiar2 mengambil ketenangan di luar dan look at people. Maybe it helps.