Kenangan.
Itulah yang lebih manis dari kurma.
Tak kisah la kalau sekiranya ada yang terasa pahit atau tawar, tapi akhirnya akan tetap menjadi manis apabila di kenang semula.
Ya, Fadiah tengah dalam proses menyingkap kembali kenangan-kenangan lama.
Kadang-kadang tersenyum sendiri. Especially kalau kenangan itu paling hebat dalam sejarah hidup Fadiah.
Kalau nak mention satu per satu, sampai esok pon tak abes. Jadi cukuplah Fadiah katakan: SEMUA orang yang pernah hadir dalam hidup ni, telah meninggalkan kenangan. Walaupun ada yang pahit, tapi bila Fadiah tengok balik sekarang, Fadiah tersenyum & kadang-kadang sampai tertawa kecil, mengenangkan betapa chomel-nya orang-orang ni. Heeeee~
Banyak juga yang telah Fadiah pelajari dari kenangan. Betol la orang kata, tak semua perkara yang kita boleh pelajari dari sekolah. Tapi kita boleh pelajari semuanya di sepanjang perjalanan hidup ini.
Memang dulu, Fadiah tak nak keluar dari 'comfort zone' ni. Fadiah bahagia di samping orang-orang yang Fadiah sayang. Ada W untuk layan, ada kawan2 boleh berkongsi perasaan, ada ayah & ibu untuk beri nasihat....
Tapi sekarang ni, setelah beberapa kejadian, Fadiah mula nak keluar dari tempat tu.
Perlahan-lahan, Fadiah tak contact sangat dengan kawan-kawan sebab most of them dah kawen. Fadiah memang jenis yang tak suka nak rapat dengan orang yang dah ada keluarga sendiri. Tapi still contact la.
Fadiah dah putuskan dengan W. Bukan tanak kawan dengan dia lagi....Kalau boleh, maseh nak lagi. Yelah, kawan kita kan...pernah kongsi ketawa, kongsi marah, kongsi tangisan etc. Tapi disebabkan oleh beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan, Fadiah RASA ini cara yang terbaik. (note: Fadiah besarkan word 'rasa' tu coz ia memang datang dari perasaan. Kalau secara rasional, memang tak payah nak putuskan pon). Fadiah tetap doakan untuk dia dari jauh kerana dia tetap kawan Fadiah yang pernah Fadiah kenal.
Dan Alhamdulillah, setelah keluar dari zon keselesaan ni, sedikit sebanyak terasa diri ni bertambah kuat. Semoga kekuatan yang Allah pinjamkan ini akan berterusan sampai bila-bila. InsyaAllah.
Ok, sedikit update tentang kerja Fadiah,
Fadiah akan menduduki peperiksaan IELTS tak lama lagi. Doakan ye.
P/S: Kalau awak tertanya, nape Fadiah kena ambil IELTS, sebab Fadiah punya degree dari Malaysia. & Singapore ni tak recognize degree yang dari Msia + Fadiah takde English untuk OLevel.
Dan sememangnya, English is definitely not my bestfriend. But I will try, somehow.
OK bye!
No comments:
Post a Comment