Assalamualaikum....
Sepasang. Sama, tapi lain. ^^ |
Seperti gambar yang tertera di atas, kita juga begitu. Di ciptakan berpasang-pasangan. Allah telah sediakan pasangan bagi setiap individu. Tugas kita hanya perlu berusaha untuk bertemu dengan pasangan kita.
"Bila nak kawen?"
"Dah ada calon ke belum?"
Memang tipu kalau Fadiah katakan yang Fadiah tidak mahu kawen. Semua orang ada keinginan untuk berkahwin. Semua orang ada keinginan untuk hidup dengan pasangan masing-masing. Kerana kita semua manusia. Keinginan itu adalah fitrah.
Tapi Fadiah sering terlupa. Bahawa fitrah itu harus dikembalikan kepada ALLAH. Harus berlandaskan cara-cara yang ALLAH telah tetapkan. Bukan dengan cara yang Fadiah RASA BETOL.
Dan sekarang ni, Fadiah kembalikan pada Pencipta fitrah itu. Kerana hanya DIA yang berkuasa di atas segala-galanya. Kita hanya sekadar hamba yang hanya mampu untuk berusaha & berusaha. Fadiah berusaha, walaupun kadang orang kata yang Fadiah tak berusaha. Cuma Fadiah rasa tak perlu lah Fadiah katakan apa yang Fadiah telah usahakan. Biar Allah saja yang tahu.
Alhamdulillah, hati semakin tenang setelah kita meletakkan segala-galanya pada tempat yang sepatutnya.
Keadaan dengan kawan-kawan & di tempat kerja juga telah kembali seperti biasa. Semuanya baik-baik saja.
Alhamdulillah....
Bila kita minta sedikit, Allah berikan banyak. Maha Suci Engkau, Wahai Penciptaku :')
No comments:
Post a Comment