Sunday, November 20, 2011

Maju terus...

Masa tidak akan menunggu sesiapa...
Assalamualaikum...

Apabila ada sesuatu perkara yang di luar jangkaan kita berlaku, terasa hidup seperti terhenti seketika. Tetapi saya salah. Ia tidak berhenti, cuma ia dibazirkan. Ia terus berjalan dan berlalu meninggalkan kita. Dan apa yang saya dapat? Tidak ada apa-apa...

Lalu, diri ini berfikir sejenak.... Mencari sesuatu yang hilang dari diri. Bukan orang yang hilang. Tetapi semangat & keimanan yang berkurangan.

Ye, sekarang baru saya sedar. Dan saya tidak mahu membazirkannya lagi. Saya ingin mencapai sebanyak yang mungkin kerana saya telah banyak membazir. Dan sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah kawan Syaitan.





No comments: