Thursday, March 10, 2011

Goodbye world!

Assalamualaikum...

Dear readers, this may be my last entry. Therefore, I would like apologize for all those things that I have said before. Some I did mean it, but some I dont (due to the instability of my hormones)

Hope that all of you will stay healthy always. Do take care & remember me in your prayers.


May Allah bless all of us. Ameen.

Saturday, March 5, 2011

هذا القلب

Assalamualaikum semua...

First time letak title dalam Bahasa Arab... Hehe.

Fadiah cuma nak cakap yang Fadiah tengah sedih. Tak tahu la kenapa. Harap doakan ye~

Semua tentang Blog ini

Assalamualaikum semua~

Fadiah ni memang suka membebel. Kadang2 tu yang bermanfaat, tapi kadang2 ntah apa-apa yang merepek-kerepek. Orang yang paling tahan dengan bebelan Fadiah ialah W. Tu pun kadang dia tak kuasa nak layan. Thanks ar beb! heeeee~

Semenjak takde mukaBuku ni, rasa semakin banyak masa kosong yang terluang kat dunia maya ni. Kalau dulu, asal masok internet je, tempat pertama yang disinggah ialah mukaBuku. Dari situ kan, macam2 benda kita boleh buat. Selain dari mencantikkan 'profile page' kita dengan meletakkan segala informasi tentang diri kita, kita juga boleh letakkan gambar2 yang kita nak orang tahu. Then kita boleh kepo-kepo concern, pegi tengok profile kawan-kawan kita, profile sedara-mara kita, profile artis-artis yang kita suke, dan tak terkecuali orang-orang yang takde kena-mengena dengan kita.

Dari situ la, banyak masa yang terbuang, sampaikan kadang-kadang Fadiah rasa: "Eh,cepatnye masa ni berlalu....padahal baru masuk mukaBuku aje..." So sebab tu la blog ni terabai....

Kesiankan encik Blog ni...tapi tu dulu la. zaman Jahiliah abad yang ke seribu tahun yang lepas. Sekarang ni, dah zaman nampak cahaya sikit-sikit, so blog ni dah terjaga semula.

Selain daripada yang meng'update' blog ini, Fadiah pun suke lompat-lompat blog, atau omputih kata 'blog-hopping'...Haaaaahh, macam gitu la bunyi nyeee....

Sebab kan, kadang-kadang otak ni ketandusan idea untuk menaip...Fadiah ni tak pandai sangat nak bercerita. True story....tapi kan, bila dah buat lompatan dari blog ke blog, idea tetiba hinggap di bahagian dalam kepala yang bernama otak. heeeee~ dan Fadiah sangat-sangat la suke baca blog-blog yang dari Msia especially...sebab Fadiah perasan orang msia ni pandai bercerita. atau pun mungkin orang-orang s'pore ni selalunya blog dalam bahasa omputih & bahasa omputih kita ni tak sehebat macam orang-orang s'pore lain. huhuhu...

Dan lagi satu yang Fadiah perasan, dorang kreatif sangat-sangat & ada banyak masa! Tak macam kita ni, yang senantiasa busy. Dari blog, dorang boleh buat business, boleh jual-beli benda...macam-macam la...Nanti Fadiah nak try jugak macam gitu. Tapi bukan sekarang... Tunggu bila masa Fadiah dah jadi surirumah sepenuh masa ye! heeeeeeeeeee~



Friday, March 4, 2011

Course-Law

Assalamualaikum wr. wbt.

Sekarang ni Fadiah kat tempat keje, duduk sorang2, tunggu kawan2 sampai...Hari ni tak tahu nape tapi Fadiah rasakan semangat yang terlebih2...hehehe

Semalam ada course WSQ (Work Skill Qualification) kat Wisma. Sampai dalam pukul 1030, course start pukul 11. And obviously that I am early. So duduk2 melepak dgn Ain @ Zuhri. Then bebual2, tetiba dia ajak pegi majlis Haida pada hari Sabtu ni. Dia nak amek dari Cordova. Wuhuuuu~ Hepi la...hehe

Ok, dalam pukul 11, course pun bermula. Kita belajar ttg topic non-verbal communication, ttg teamwork, ttg safety for the early childhood etc... Basically, most of the topic, Fadiah dah penah belajar masa zaman di UIA dulu. Kalau nak cakap ingat 100% tu memang mustahil la kan... & Alhamdulillah dengan adanya course ni, Fadiah dapat 'refresh' semula ilmu2 yang telah ada...

Dan masa course tu, Ustazah Fadilah asek gunakan Fadiah sebagai contoh je...Tanak duduk depan lagi....tapi kalau duduk belakang nanti tak nampak pulak.. al-Maklumlah, kita ni kan kecik-molek...heeeee~ And one more thing, Ustazah Fadilah gerek! Kita suke cara dia ajar... suka sangat2.... Tak boring sebab dia mesti selitkan cerita2 yg best dlm pembelajaran dia...so the best! =)

ok la, nak kena siapkan Benda2 nak ngajar untuk malam ni, hari sabtu & ahad nanti. Kita jumpa lagi. insyaAllah!


Wednesday, March 2, 2011

Muka-yang-dah-takde-buku

Assalamualaikum kepada Pembaca-pembacaku yang setia =)

Dengan ini, Fadiah ingin memaklumkan bahawa Fadiah sudah tidak ada Facebook lagi! Weeeee~

Antara sebab2 mengapa Fadiah sudah delete Fb adalah:

1. Masa tu terbaca artikel dari Suhaib Webb tentang keburukan dan kesan FB & Fadiah terasa sedikit sebanyak terkena pada diri ini. Memang mula-mula tanak delete... Ingat nak senyapkan mcm gitu je....tapi jari ni al-maklumlah, kadang tu gatal, so tertekan2 mouse & masuklah dlm FB.

2. Sebab ada orang-orang yang tak kenal, abeh add jadi friend. tak accept nanti kecik ati pulak.

3. Pastu banyak sgt orang jual barang online yg nak post macam-macam benda, yang membuatkan Fadiah rimas. Huhu

'Ala kulli hal, FB tu tak mendatangkan keuntungan & tidak mendatangkan kemudharatan. Ada & tak ada, sama aje. So mulai sekarang, kalau sesapa yang nak contact Fadiah, pandai2 la cari Fadiah je. Fadiah maseh ada twitter & 4sq lagi...Hp pun ada. So contact je la. Antara nak dengan tanak je. Nak seribu daya, tanak beribu-ribu dalih k...

Ok la...tu je nak citer. One more thing, Fadiah kagum dgn orang2 yang takde FB. And still they can survive. Yet nobody knows. heeeee~





In some Niya

Assalamualaikum

Oleh kerana mata ni tak blh nak lelap, maka otak ni pun bercadang untuk menggerakkan jari untuk meng'update blog ini.

Tapi sebelum tu, Fadiah nak kebas2 sikit abok dari blog yg sudah agak lama ditinggalkan. *tiup kuat2 mcm wolf yg dlm citer 3 little pigs* heeeee~

Ok, sekarang ni Fadiah rasa nak menulis blog dlm Bahasa melayu dgn tetap. Kalau ada English pun, selit2 aje la. Org zaman skrg ni faham mcm2 bahasa kan... Especially pembaca2 blog ni. Mesti golongan yg bijak pandai :)

Alrite, nak citer ttg keje Fadiah yg skrg ni. Mmg banyak sgt keje tapi tak tahu nape, fadiah rasa still rilek. Sampaikan W nak mintak tlg Fadiah tlg dia buat smthg pun, fadiah maseh blh tolong. (itu pun kalau dia jadi la kan...)

Ok, mari kita senaraikan schedule keje yg dah semakin menimbun ni k:

Isnin: 11am - 6 pm.
Selasa: 11am - 2 pm (kalau ada course)
10am - 12 pm (ajar nenek ngaji, kalau takde course)
6 pm - 8 pm (private ngaji @ rumah orang)
Rabu: 2 pm - 9 pm.
Khamis: 12 pm - 5 pm.
8 pm - 9 pm (private ngaji)
Jumaat: 2 pm - 930 pm.
Sabtu: 915 am - 430 pm.
Ahad: 745 am - 330 pm.

So awak tengok la betapa banyak nya masa yg fadiah keje.& fadiah kurang stress. (note: KURANG) Seriously. Alhmdulillah~

Fadiah kena buat lesson plan utk class pra-skolah & 5 RP utk tahun ni.
Mmg dah ckp dgn diri yang tahun ni nak kumpul duit banyak2, so tahun depan, atau tahun depan lagi blh kawen. InsyaAllah...
Apa2 pun, kita merancang, TUHAN yang menentukannya ye, kawan-kawan ;)

Ok la, mata ni dah menunjukkan tanda2 yg dia Akan tutup jap lagi. So selamat pagi semua & slmt menunaikan solat Fajr!

Terima kaseh krn sudi membaca. Maaflah sbb Bahasa ntah pape ntah... Adios amigos.
Wassalam...