Thursday, August 23, 2012

Give Way

Would you make way for something better to happen?

Ok, abok macam dah mula berkumpul kat belog ni...*sambil kebas abok* 

Perasan tak ada soalan bawah gambar tu?

Soooo...would you?

As for me, yes, I would. 

Baru-baru ni something unexpected happened. Oh well, that's life. It is full of surprises. That's what make it wonderful, rite?


So, I decided to forgive and forget. It has been like, how many years eh...hmmm... tak terkira la...

Fadiah yang stuck. Stuck in her own world. Stuck dalam rasa yang orang tu ada perasaan yang sama, padahal takde tanda pape poon... Stuck dalam masa zaman-zaman kegemilangan di Taman Ilmu dan Budi dulu...

So, itu la salah sendiri. 

Orang kata, kalau bertepuk sebelah tangan, memang tak akan berbunyi, Kalau bunyi pon, bunyi dia sumbang. 

Tapi apa-apa pun yang terjadi, itu lah semalam, kelmarin & masa silam. Quoted from a blogger: Past is whatever *insert gaya gedik* , Present is let's do something better, Future is ,"ya Allah, I give it all to you,please give me something better?"


Ye, kita bagi laluan untuk benda2 yang kurang penting & kurang jelas untuk jalan meninggalkan kita. Only the real one stays coz we live in reality, not fantasy. ^^

Jika sekiranya satu hari, orang tu tergerak hati nak tanya, Fadiah maafkan dia atau tak...Ye, Fadiah maafkan dia & sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Kerana diri ni pon maseh penuh dengan dosa. Maseh banyak yang perlu dibaiki.

Setiap hari itu menyediakan langkah baru, semangat baru & juga harapan baru. 

Teruskan usaha & tawakkal.

Kalau kita jujur, Allah akan permudahkan. Kheir InsyaAllah ^^





Wednesday, August 1, 2012

Lebih


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Adakah ini sebuah lukisan atau sekeping gambar yang telah edit? Cubalah teka ^ ^

Ok, first of all, gambar yang berada di atas tu, tiada kaitan dengan cerita yang akan Fadiah kongsi dengan awak.

Sebelum mulakan cerita, nak la kepo-kepo sikit... hehehe

Macam mana dengan Ramadhan awak setakat ini? Semuanya ok? So far so good? Or so far tempat duduk? (get it? This is a JOKE btw!)

Bagi Fadiah, semuanya Alhamdulillah. Yang sedang-sedang aja. Tiada apa-apa yang extra special.

ADa seorang kawan ni, suka tanya Fadiah soalan ni: "Apa khabar iman ko?"

Bila dapat soalan mcm itu, hallamaaaaakk...dengan pantas secepat kilat, Fadiah tukar topic. Hehehehe
Bukan tanak jawab, tapi...bila berbicara tentang iman ni, biarlah antara yang empunya diri & Pencipta saja yang tahu. Fadiah tak berani nak cakap.

Jap eh...(Tengok topik entri...)

Ok, kita nak cerita tentang 'Lebih'.

Apa yang lebih? Duit lebih? Rupa lebih? IQ terlebih?

Sebenarnya, kesemua di atas tadi tu, BETOL!

Bila bercakap tentang kelebihan, memang setiap orang ada kelebihan masing-masing. Hatta, orang yang jahat pon ada kelebihan, iaitu terLEBIH jahat. Hehehehe~

So automatically kita akan terasa yang diri kita ni hebat seperti Superman...tapi kat dunia ni, mana lah ada superman...yang ada cuma dalam komik & filem aje....Kalau ada betol-betol pon, bukan superman, tapi SUPARMAN (nama lelaki, selalunya dari Indonesia, orang-orang Jawa donk...)


Jadi, untuk mengelakkan daripada merasa Hebat pada diri sendiri (benda ni sering terjadi pada diri Fadiah),
eloklah kita melihat sekeliling kita.

Kalau kita rasa diri kita ni baik, pause kejap & cuba pergi masjid & solat berjemaah... Kat situ, mesti ada orang yang lebih baik & tawaddhu' dari kita....

Kalau kita rasa diri kita ni pandai, cuba kita join mana-mana class (tak kisah lah, class agama ke, class memasak ke...), Kat situ, mesti kita jumpa orang yang lebih pandai dari kita....

Kalau kita rasa diri kita ni kaya, cuba kita pergi ke Persatuan ahli usahawan negara... Kat situ, mesti ada yang lebih kaya-raya dari kita...

Kalau kita rasa diri kita ni miskin, cuba kita pergi ke Persatuan-persatuan amal kebajikan setempat.... Kat situ, mesti ada senarai orang-orang yang lebih miskin di kawasan kita...

Kalau kita rasa diri kita ni lawa atau encem, cuba kita pergi ke Syarikat pengurusan model...Kat situ, mesti ramai jejaka lebih encem & gadis yang lebih lawa dari kita....


Kesimpulannya, itulah DUNIA.

Bila di mana awak merasakan diri awak sudah sampai ke suatu tempat (which is dah cukup pandai, dah cukup kaya, dah cukup soleh etc), sebenarnya awak BELUM. Awak tak pernah akan  PUAS sekiranya awak mengejar dunia. Kerana, di dalam dunia ini, akan SENTIASA ada orang yang lebih dari kita.

Oleh itu, kita kenalah selalu menasihatkan DIRI SENDIRI supaya jangan sekali-kali bersifat sombong & sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Memang kena berusaha untuk jadi yang terbaik untuk DIRI SENDIRI, tapi bukan untuk dunia atau untuk impress kan orang.

Bak kata the late Steve Jobs "Always stay foolish. Always be hungry." *dalam tu maksud!*

Ok la, sebelum Fadiah terLEBIH cakap, eloklah Fadiah berenti setakat ini dulu.

Kita jumpa lagi di lain masa ye. InsyaAllah. ^ ^