Wednesday, April 10, 2013

Takdir


Assalamualaikum...

Baru-baru ini Fadiah berkenalan dengan seorang lelaki yang mempunyai sama nama seperti sahabat lama Fadiah... 

Tetiba aje rindu sangat dengan sahabat lama tu. Semoga dia sentiasa sihat & berbahagia di bawah rahmat Allah... Oleh kerana dah tak boleh contact lagi, so bila rindu aje, doa la yang menjadi hadiah buat sahabat itu. 

Sebelum tu, ini cerita bukan tentang mana-mana lelaki. Tetapi tentang keindahan yang tercipta pada sesuatu yang dipanggil 'Takdir'. 

Ye, takdir itu kadangkala membuatkan kita tertanya-tanya. 

Apakah yang Allah ingin ajarkan padaku daripada peristiwa ini? 

Mengapa sesuatu itu terjadi? 

Apakah aku harus berserah atau berusaha dengan lebih gigih lagi?

Dan macam-macam lagi.

Seribu satu soalan akan muncul bila sesuatu perkara itu terjadi.

Bila sesuatu yang boleh dijangkakan berlaku, kita akan bersyukur & rasa happy sangat2 kan... Ada yang sampai rasa mcm dunia ini dia yang punya. Ada juga yang rasa seolah-olah kuasa itu berada di tangannya, tetapi dia terlupa bahawa ada yang Paling Berkuasa.  

Bila sesuatu yang di luar jangkaan berlaku, selalunya rasa nak nangis (ni yang selalu Fadiah rasa ^^), rasa nak marah, ada juga yang rasa putus asa & tanak hidup lagi. 

Tapikaaaaannn....

Tak semua orang rasa mcm gitu.

Ada orang yang rasa tenang walaupun dilanda kesusahan.... Ada orang yang rasa biasa-biasa bila plan dia menjadi. Jenis mereka ini dipanggil jenis yang luar biasa sikit. 

Itulah yang dinamakan 'Takdir'. 

Sebesar mana pangkat kita, sebanyak mana pon harta kita, seramai mana kawan kita.... Kita tetap tidak akan dapat melawan takdir. 

Maybe kita boleh berusaha sedaya yang termampu, tapi jika itu bukan rezeki kita, kita tetap tidak dapat mengubah apa-apa.

Walau bagaimanapun, berusahalah dan jangan berputus asa. Kerana kita boleh  'mengubah' takdir, tetapi bukan melawannya.  


Usaha + Doa + Tawakkal = KEJAYAAN. 


Selamat ber'amal! ;)



   

No comments: