Wednesday, May 29, 2013

Perjalanan

Assalamualaikum....


Keep on going....
but if you need a rest, do stop for a while.





Setiap perjalanan pasti ada destinasi. 

Setiap destinasi pasti ada matlamat yang diingini.

Begitu juga dengan hidup ini.

Ibarat sebuah perjalanan.



Bagi yang percaya 

bahawa hidup ini sekadar di dunia,

maka destinasinya adalah dunia.

Jika dunia ini musnah,

maka tamatlah destinasi mereka. 



Bagi yang beriman pada Allah, 

dunia ini ibarat sebuah perjalanan.

Dan destinasinya ialah Jannah,

juga dikenali sebagai syurga.



Jika dunia ini musnah, 

maka perjalanan terhenti.

Akan tetapi,

adakah kita akan tiba di destinasi

yang diingini?


InsyaAllah, dengan rahmat Allah, kata yang bersemangat

Terpulang pada amalan, kata yang separuh semangat



Oleh itu,

selagi dunia ini belum musnah,

selagi nafas masih di dada,

selagi mata masih terbuka,

usah pernah mengalah atau berhenti.



Kerana perjalanan maseh panjang.

Destinasi maseh menanti. 




Teruskan berjuang, sahabatku...




No comments: