Thursday, October 27, 2011

Mistakes...

Assalamualaikum...

Seperti yang tertera pada tajuk entri kali ini, Fadiah ingin membuat sedikit refleksi diri...

Fadiah baru sedar selama ini Fadiah terlalu banyak membuat kesalahan sehingga kadang-kadang tu rasa macam dah takde harapan lagi nak hidup...

Tapi Allah itu Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.... DIA tetap bagi Fadiah peluang untuk bertaubat dan membasuh segala dosa-dosa yang ada... Dan Fadiah tahu, walau macam mana baik sekali pun, kita tetap manusia... yang penuh dengan dosa....

Setelah Fadiah buat keputusan yang tidak disangka-sangka, memang seriously Fadiah sedih... For about a week, Fadiah sedih sangat-sangat.... Senang sangat airmata ni keluar tengok bumi... Everytime solat, mesti aje nak basah... Kadang marah dengan diri sebab sedih sangat.... Tapi bila fikir semula, perasaan itu pemberian Allah, jadi kena bersyukur...

Lepas tu, Fadiah terasa yang sebenarnya semuanya berpunca dari diri sendiri.

Ye, diri saya sendiri.

Kerana saya tidak berterus terang.

Saya pendam. Sehinggakan bila disakiti, Fadiah dah rasa lali. Dan bila Fadiah buat keputusan untuk lepaskan dia, Fadiah rasa yang Fadiah ni bagos sgt.

Entah apa yang bagos sgt pun tak tahu.

Padahal, bagi dia, takde apa-apa. Fadiah yang sedih sorang-sorang, gembira sorang-sorang....hatta, lepaskan pun sorang-sorang. Tapi bila fadiah minta dia lepaskan untuk kali kedua, Fadiah RASA dia tahu yang Fadiah serious.

Perhatikan perkataan RASA tu.

Most of this friendship is based on 'Rasa'. sebabnya...komunikasi yang tidak berkesan. Fadiah ni bukan jenis kawan yang baik. Really. sebabnya Fadiah tak suke nak menegur orang. Bila orang tu dah rapat sangat-sangat dengan fadiah, fadiah akan jadi jenis 'tak-kuasa-nak-cakap'.

So there are my MISTAKEs.

Kawan yang baik akan saling tegur-menegur. Kawan yang baik akan saling nasihat & ingat-mengingatkan. Kawan yang baik akan berbual dari hati ke hati. Yang paling penting, kawan yang baik itu saling DOA-MENDOAKAN.

Fadiah dah belajar dari kesilapan. Kalau ditakdirkan bertemu semula, Fadiah nak jadi kawan yang baik. Sesungguhnya dia memang seorang kawan yang baik. Really. It is me, who is wronged.

Fadiah nak pergi jauh-jauh dari dia untuk perbaiki diri ini. Sungguh diri ini perlu belajar banyak lagi.

"Ya Allah, jaga lah orang-orang yang aku sayang. Rahmati & kasihanilah mereka. Jikalau ditakdirkan aku tidak dapat bertemu dengan mereka di dunia, pertemukanlah kami di syurga-Mu. Ameen ya Rabb..."

Kalau NAK yang baik, kena JADI baik dahulu ^^












No comments: