Thursday, October 20, 2011

Write. Tulis. كتب

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak belog dalam bahasa Melayu...

Semakin hari, semakin malas rasa nak belog... Encik Diari pun dah merajuk dengan saya. Kali terakhir menulis dalam diary ialah dalam bulan Mei ( kalau tak silap)

Dan sekarang ni, kemalasan tahap gunung Everest harus dihapuskan.... Ibarat menghapuskan kotoran kerana masakan hangus yang melekat di periuk... Berus, berus, berus... lama-lama hilang...

Entri kali ni Fadiah nak mengemaskini sedikit tentang keadaan diri Fadiah sekarang....

Fadiah maseh mengajar di Cordova. Dan insyaAllah sehingga hujung tahun ini, bermakna pada bulan Disember nanti, Fadiah akan berenti & bertukar ke tempat kerja yang baru. Fadiah ada dapat tawaran dari MCYS ( nama singkat bagi Ministry of Community, Youth and Sports). Jawatan belum tahu sebagai apa. Apa yang Fadiah tahu, mereka suruh Fadiah contact dalam bulan November nanti. So Fadiah akan contact. Dan kalau ada rezeki, insyaAllah tak ke mana....

Ok, tentang Cordova, takde banyak nak cakap. Semuanya ok...terutama sekali orang2 yang sepejabat. Memang best sgt2. Kebanyakan susasana kat cordova tu sikit lebih kurang sama macam zaman di Maahad dahulu. Subhanallah~

Dan ye, sekarang ni Fadiah dah sedar tentang sesuatu....

Fadiah sedar yang selama ni Fadiah bertepuk sebelah tangan. Tadi pagi, Fadiah buat confession. Fadiah bilang seseorang yang Fadiah suke dia. Tapi dia tak bagi respon apa-apa.

Hmmmm... takpe la. Memang Fadiah tak mengharapkan apa-apa. Seriously. Fadiah cakap tu pun sekadar nak melepaskan apa yang tersirat di hati. Dan Alhamdulillah, apa yang ada di hati ni dah berkurangan.

Fadiah sedar akan kelemahan diri ni. Memang sedar sangat-sangat. Ibarat hidung tak mancong, pipi tersorong-sorong. itu lah Fadiah.

Fadiah lupa yang Fadiah pernah berjanji yang Fadiah cuma nak fokus untuk dapatkan redha Allah. Tapi kadang tu selalu kalah dengan nafsu. Fadiah terlalu ikotkan nafsu, sehingga apa yang dilarang oleh Allah, Fadiah sanggup buat. Kerana sayang punya pasal. Astaghfirullah~

Fadiah memang bukan jenis yang senang nak share dengan orang. Hatta, keluarga & kawan rapat sendiri pun jarang share. So apa yang Fadiah buat, hanya ALLAH, Fadiah & orang tu aje yang tahu. It is a very very very very complicated thing.

Fadiah tak nak buka aib orang. Sebab kalau kita buka aib orang, tanpa kita sedari, kita juga akan buka aib diri sendiri.

Fadiah pun memang jenis yang tak suka nak berdo'a di dalam alam maya ni. Maksudnya, kalau nak luahkan rasa menyesal, luahkan sikit2. tak nak jadi macam sesetengah orang, di mana kalau mereka luahkan kekesalan + taubat, dengan penuh kesungguhan. Yang peliknya, mereka buat di alam maya. Bukan ke kita hanya di suruh buat begitu ketika berada di HADAPAN / DENGAN Tuhan sahaja?

Hmmmm...masing-masing la ye.

Apa-apa pun, diri Fadiah ini maseh penuh dengan kelemahan & kekurangan. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui :)

No comments: