Thursday, November 8, 2012

Kawen-kawen


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

InsyaAllah ^^

Bila cakap pasal kawen, semua orang mesti nak kawen.... 

Cubalah tanya semua orang... Mustahil dorang jawab dorang tanak, unless sebab ada sejarah silam yang tidak boleh nak dilupakan, atau ada sakit kronik & dia rasa dia tak dapat nak hidup lama, atau pon dia tak bernafsu, atau pon dia takde rasa cinta atau istilah lain: HATI KERING dan 1001 sebab & alasan lagi yang ada....

Tapi, pada hakikatnya: dorang MESTI ada keinginan untuk berkahwin.

Korang dulu penah main 'kawen-kawen' tak masa kecik dulu?

Fadiah rasa mesti penah kaaaann? unless kalau korang memang jenis yang tak suka nak main or tak suka bergaul dengan orang....

Sebab Fadiah pernah! heeeeeeeeee~

Masa kecik-kecik dulu, main dengan sedara2, pastu sorg jadi pengantin lelaki & sorg lagi jadi pengantin perempuan...Pastu ada masak2 & rewang2.... Then nanti group lelaki datang & sambil ketuk2 baldi (untuk digantikan dengan kompang) & pengantin perempuan ditutup mukanya dengan kipas kecik...

Cuba la imagine, budak2 kecik yang kiut-miut, main kawen-kawen.... Mesti bertambah kiut kaaaan? ^^

SO, bila jumpa orang yang dah lanjut umur & kita dapat tawu yang dia maseh belom berkawen, tak usahlah nak tanya: 

"Nape awak tak kawen lagi...?" "Awak tanak kawen ke...?"

Dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya....

Kerana, soal JODOH & PERTEMUAN itu di tangan ALLAH....

Ye, mungkin dia telah berusaha sedaya upaya, tapi ALLAH nak uji dia kerana ALLAH tahu dia mampu... Kita TAK TAHU...

Ye, mungkin dia maseh keliru & sedang mencari dirinya, dan ALLAH telah sediakan seorang lelaki yang baik untuknya cuma masanya belom tiba.... Kita TAK TAHU...

Jadi, tak usah bersangka-sangka dengan perkara yang kita TIDAK TAHU. Serahkan segala2nya pada ALLAH.

Dan mesti ingat selalu, bahawa ALLAH sentiasa inginkan yang terbaik buat hamba2Nya. Kheir insyaAllah...

No comments: