Assalamualaikum...
Kali ini Fadiah nak cerita tentang Geng baru Fadiah. Tapi sebelum tu, kita citer pasal jalan-jalan dulu...
Ye, Fadiah ni memang kaki jalan. Bukan saja kaki ni diciptakan untuk jalan. Tetapi memang kaki ni suka sangat jalan, atau dalam erti kata lain, suka melancong, terbang ke luar negara, makan angin, makan awan...nasib baik bukan makan asap. Opppsss..tu dah jadi cerita lain pulak.
Masa kecik-kecik dulu, bila time zaman skola makan, ada orang tanya, Fadiah dah besar nak buat apa....
Fadiah kata, Fadiah nak 'travel the whole world'. Fadiah nak pegi semua negara yang ada dalam dunia ni. Kalau boleh, nak pegi ke angkasa jugak. Tapi angkasa tu macam tinggi sangat. So kita berpijak di bumi yang nyata dulu.
Masa kecik-kecik jugak, Fadiah dah pegi jelajah banyak negeri di Malaysia, seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Penang, Terengganu & Cameron Highland.
Masa pon berlalu. Diri ni pon membesar (walaupon takde la besar sangat..hehehe). Usia pon semakin meningkat. Cita-cita yang masa zaman skola makan tu dilupakan. Bukan sengaja. Tapi memang betol2 tak ingat.
So, bila dapat peluang belajar ke Malaysia, Fadiah rasa gembira sangat. Fadiah tak tahu nape rasa gembira. Gembira macam seekor burung yang dapat tahu yang ia boleh terbang. Gembira macam rasa dapat pergi ke angkasa.
Dan yang pelik lagi, Fadiah tak nangis langsung. Yela, kalau selalu kan, bila pertama kali berpisah dengan mak ayah, berjauhan dari bantal busuk, kita mesti rasa sedih. Tapi Fadiah tak rasa tu semua. Fadiah lebih excited sebab dapat kawan-kawan baru, dapat bilik baru & yang paling best, suasana baru. Lain dari yang lain.
Masa kat Melaka tu jugak la, Fadiah timba macam-macam pengalaman. Pengalaman mandi sungai, bagi makan lembu, panjat pokok & petik buah manggis (aku ni lelaki atau perempuan? hahahah). Pastu tdo dlm keadaan blackout, guna lilin aje. Baik peeeee~
Then jalan-jalan pegi tido rumah kawan, rumah mak angkat, rumah nenek angkat. Nasib baiklah rumah tu tak boleh di angkat.
Pendek kata, memang jarang balek Singapore sebab tak ramai kawan Singapore. Budak Singapore yang ada kat situ cuma 7 orang aje. Yang sama batch dengan Fadiah cuma 3 orang. So kita semua memang malas balek. Paling cepat kita balek ialah 2 bulan sekali. Dan paling lama ialah 4 bulan sekali. Tapi, bila Fadiah kat UIA, every month mesti nak balik, sebab dah ada member. hehehe
Cakap pasal kat UIA, memang best sangat. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kat UIA la, Fadiah dapat jalan-jalan dengan semangatnya. First time pegi Putrajaya, pegi Kelantan, pegi Pulau Redang.... Memang best sangat. Makin bertambah lebar senyuman di bibir ni.
Oleh kerana Allah tahu yang Fadiah ni suka jalan-jalan, maka Allah temukan Fadiah dengan kawan-kawan yang memang kaki jalan.
|
Me (Left) Zahroh (Right) |
Kat atas ni, gambar saya bersama Zahroh. Daripada Zahroh ni la, Fadiah dapat kenal dengan geng-geng Kaki Jalan. Haaaahhh... kat bawah ni gambar-gambar geng kita:
|
Boss & Captain |
1. Boss: Hafiz
2. Captain : Yousef
|
Couple Paling Best |
3. Tulang Belakang Boss: Umie.
Actually kita semua dah lama kenal. Tapi Fadiah tak rapat dengan dorg sgt. Kenal gitu-gitu aje. So bila bertemu semula, memang kecoh sikit la.
Yousef: Fadiah dah kenal dia ni sejak zaman skola Alsagoff lagi. Masa tu Primary 4. Kita kenal sebab dia ni adek angkat kakak Fadiah! Serious, tak bedek ok. What a small world kaaaan...? hehehe. Pastu kita selalu naik bas, pegi skola sama-sama. Tapi tak penah bebual pon. Masa tu zaman pakai spec mata besar macam goggle. So yousef ni dah penah nampak Fadiah sejak dari zaman kekentalan lagi. Heeeee~
Dalam geng ni, Yousef ni Tukang Cari Idea & Plan untuk Activity.
Hafiz: Hafiz & Yousef satu skola. Dua-dua dari Aljunied. Fadiah kenal Hafiz ni dari jauh jer. Kenal dia masa Secondary skool. Kenal dia pon sebab dia matair dengan bestfriend Fadiah. Sekali tu, bestfriend Fadiah kawen dengan kawan Hafiz. Jodoh. Cantikkan plan Allah tu...? Subhanallah...
Hafiz ni orangnya boleh tahan merepek jugak. Tapi dia tak kelakar mcm yousef, maybe sebab dia dah kawen kot. hahaha. Dalam geng ni, Hafiz ni Tukang Kira Duit & Plan jugak.
Umie: Umie ni classmate Fadiah masa Sec 2 & Sec 4. Kita tak rapat sangat sebab Umie ni jenis budak baik & pendiam. Fadiah pulak kecoh, pastu notty sikit. Hehehe. Tapi kita boleh get along well. Dan bila jumpa dia time Kaki Jalan ni, Fadiah rasa dia gerek & best. Boleh bebual macam-macam & boleh tahan gila jugak.
Umie tak buat pape sangat. Dia cuma Tukang Support Boss & Tukang Bagi Semangat. Hahaha...
So...itu la Geng Kaki Jalan.
Kita baru aje start last year & looking forward for many years ahead. Last year, kita pegi Tanjung Pinang. Then baru-baru ni, kita pegi Kuala Terengganu. Pastu dengar-dengar, macam nak pegi Bandung pulak. InsyaAllah. hehehe
Alhamdulillah, kerana dipertemukan dengan insan-insan yang istimewa. ^^