Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kebenaran itu kadangkala pahit untuk diterima. tapi itu lah kebenaran. Biarpun di selindung, di tutup, namun baunya maseh dapat di hidu. Sinarannya maseh dapat di lihat, walaupun kurang jelas.
Dan pada waktu ini, izinkan aku untuk menyatakan kebenaran, walaupun sedikit.
Kebenaran tentang perasaanku terhadap W.
Memang benarlah orang yang mengatakan: Lelaki & perempuan tidak boleh terlalu rapat. Kalau terlalu rapat, mesti ada perasaan yg lebih2 akan timbul.
Aku ini tidak pandai untuk menyatakan perasaan aku. Aku lebih suka pendam, atau tunjukkan sebaliknya.
Bagi aku, biarlah orang itu tidak tahu. Biarlah dia rasa yang sebaliknya. tapi hakikatnya, bukan itu yang aku rasa. Tapi benda ni aku tidak aplikasikan kepada semua orang. Tak semua orang aku buat yang sama. Ada yang aku nyatakan tentang perasaanku dan ada yang tidak. Tapi jika pada kes W ni, selalunya aku tidak nyatakan.
Kenapa ye?
Hmmmm...entahlah. Aku ada pernah cakap dulu, yang aku suka dia. Dua kali aku nyatakan. Tapi kedua2 itu menerusi SMS. Aku tidak berani untuk bersemuka. Kerana aku malu. bukan malu jika ditolak. kerana aku tak kisah. tapi aku malu kerana aku seorang Wanita. ya, itulah yang aku lebih bimbangkan. Aku tidak kisah jika dia hendak menolak. kerana itu hak dia. Malah, aku lebih risau kalau dia mengiyakan, tetapi pada hakikatnya, dia merasakan sebaliknya.
Aku maseh lagi sedar diri. Walaupun perasaan suka ini kadangkala timbul, aku cuba untuk mengawal.
Tapi aku lemah. Aku tidak berdaya untuk menahan keinginan yang menyebabkan kemurkaan Allah. Oleh itu, aku mohon pertolongan dari-Nya. Aku tak nak terus-meneruskan merosakkan hubungan dengan W. Aku doa agar Allah tunjukkan dan beri ketenangan walaupun aku tidak lagi rapat dengan W.
Pada minggu lalu, yang mana aku rasa aku tak akan dapat berjumpa dengan W lagi, tapi ditakdirkan Allah untuk berjumpa dengannya. Dia menemani aku ketika pergi & pulang dari kL. Dan sepanjang perjalanan pergi & pulang dengannya, telah mengubahkan pandangan dan perasaaan aku terhadap W. Dari pandangan yang kurang senang kepada yang lebih senang. Dari perasaan yang kurang yakin, kepada yang lebih yakin. Aku rasa dia telah berubah. dan aku bangga & gembira untuknya. Sungguh aku katakan. Aku bahagia melihat keadaannya yang sekarang. Dan kerana kegembiraanya & keyakinan yang aku ada, aku terasa mudah untuk melepaskan dia =)
Aku tetap kawannya. dan dia tetap aku anggap sebagai seorang kawan yang sangat baik.
Terima kasih kepadanya yang telah banyak berkongsi dan mengajarku tentang erti hidup. Aku banyak belajar darinya. Sungguh.
Dan kini, kerana perasaan sayang, aku ingin melepaskannya. Biarlah dia pergi. Kerana aku tahu, aku hanya mampu untuk doakan dia. Aku sayang sangat hubungan ini & aku tak sanggup hendak mengotorkannya lagi. Cukuplah dulu kesilapan2 yang pernah aku buat. Aku insaf.
Aku akan terus kuat untuk meneruskan hidup kerana hidup ini lebih dari W. Aku memang suke cerita pasal dia dgn kawan2 aku sbb bagi aku, cerita dia interesting & best2. Dan takde sebab lain. BetoL!
Tapi sekarang ni, nak kurangkan cerita pasal dia. nak lebih fokus pada hidup aku. Nak menikmati hidup yang indah ini dan bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan.
Tentang jodoh, biarlah Allah tentukan. kerana aku yakin dengan janji Allah. Aku akan redha, biarpun dengan W. Well, we would never know, rite? =)