Sunday, January 31, 2010

Touch

Assalammualaikum...

Sometimes we may touched other peoples' heart without knowing it...and it also goes the other way round.

I always believed that there will always be a reason for EVERYTHING that happened in my life. Therefore, I will TRY not going to worry about the unnecessary things. I want to keep moving forward and do wanna look back, although sometimes we have to look back...

For the unsure things, I will try not to think about it....I want to leave it to Allah and let Him handle it for me... I know that I have to strive my best, but certain things are just beyond our limit...

and the BEST help always comes from ALLAH, coz HE is the ONE who controls everything. And we as human, will tend to forget about that =(

"La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyul 'adhzim..."





Tuesday, January 26, 2010

My Career


Assalamualaikum

These few months have been pretty hectic. Last Sunday, I had a private meeting with the boss of my working place. The purpose of the meeting was to negotiate about my salary and to ask about the course which I have to take in order to pursue in the Early Childhood career.

I am thinking that I am NOT going to take it as I just would want to gain experience through this job. But then, she told me that I have to take or else I would have to resign. Then I answered: "If that is the case, then I think that I shall quit." Her face changed as she was sooooo shocked that I said like that.

Ok, I know that it is quite personal to say this kinda thing in a blog. But somehow, I think that would not be staying too long in this kind of environment. At first, I thought that I could stay long as I always enjoyed with the kids. But then, there is a sudden change in my passion. I do not enjoyed much. and I could not understand much. I admit to my boss that it IS MY MISTAKe because I did not think carefully while accepting the offer.

And because of the confusion, I cried that night. I texted W. This is how it goes:

Me: W, ko rasa aku ni senang give up nye orang tak?

Him: Tak =)

Me: Thanks W. I really need to hear that :)

Him: Jangan pikir bukan2 k...

Me: Khair InsyaAllah. Aku kena kuat. Doakan k =)

Him: Selalu doakan ko... Gi rehat, sok keje kan...


How I wish that he was here with me. But somehow, I am grateful that he is always with me eventhough he is far. Thank you, W. and thank YOU, ALLAH for giving me a friend like him.


Sunday, January 24, 2010

Beyond Expectation

Assalamualaikum....

Baru je nak sedey2 sbb ingatkan W dah lupakan dyah, tetiba ALLAh bagi dyah sesuatu yang di luar jangkaan...Alhamdulillah...

Semalam off day. so kuar jumpa Yunita...kita jumpa dlm kul 12+.. gi makan, shopping jap, then chill2 story...heee~

Then dalam kul 3 gitu, aku dapat sms dari W:

"Fadiah, aku kat s'pore...Nana pun ada sini. Dia minta bday present. hehe."

Dyah pun dgn excited membalas. Sms punye sms, dipendekkan cerita, kita pun decide untuk jumpa. Diorg nak gi Sentosa. So tyme tu pun kebetulan nak alek, Dyah terus shoot ke Sentosa. & FOR THE FIRST TIME IN MY LIFE, i went to SENTOSA, all by myself. (sbb diorang naik bas ramai2 gi Sentosa). & Alhamdulillah tak sesat. huhuhu...

I met them at the beach station & from there, we went to the Merlion, played the LUGE (aku & nana je main. W duduk tepi dgn Muja, pegangkan beg kita...heeee~), walked at Siloso & rode the beach tram. weeeee~

Then, when they are about to go to the next event, which is the Songs of the Sea show, W and I decided to go back, as the show required ticket to enter. kita mana sempat nak beli, abeh budak2 ni dah beli siang2. huhuhu.

Lepas je 'berpisah' dgn diorang, kita decide nak gi makan sbb lapar giler. Sampai Vivo je, kita makan kat Breeks. Masa makan2 tu, sempatlah citer2. mcm2 jugak la citer until one part ni, dah tak tahu nak citer apa lagi...hehe

Pas abes makan, aku ingat nak bayar, abeh W dah bayarkan dulu. Apa la dia ni...tak bagi aku can nak blanja dia. huhu. Pas makan, kita alek sbb sok aku keja. Kita naik cab & head to our own different way.


P/S: Entry kali ni pakai bahasa rojak sbb otak ni kurang berfungsi sikit. Huhuh.






Friday, January 22, 2010

Saturday, January 16, 2010

Fare thee Well

Assalamualaikum

Dan setelah beberapa kali berkata pada diri tentang perasaan ini, Dyah akhirnya berputus untuk melepaskan dia.

Selamat tinggal, W. Dyah bukan tak sayang persahabatan ini, tapi kerana terlalu sayang la dyah terpaksa tinggalkan. Dyah tahu susah, sebab tu dyah nak cuba. and I know that it is not an easy thing.

Kawan-kawan semua pesan dengan dyah, biarlah masa yang menentukan segalanya. Ye, tapi dyah ni tak sabar. Bagi dyah, masa terlalu lama untuk dinanti. Oleh itu, dyah buat keputusan untuk mengundurkan diri.

Semalam dyah msg W kat Fb, tanya dia nape dia senyap je. Dyah kata lah yang dyah rindukan kawan dyah. Dyah rindu nak bebual2 dgn dia. & tadi dia reply. Dia kata sejak nenek dia meninggal, dia jadi kadang betol & kadang tak. Dyah tak tahu nak percaya atau tak. Apa2 pun, kalau dia jujur, khair insyaAllah. kalau tidak pun, dyah tahu dia buat gitu sebab nak jaga hati dyah. Dia mintak dyah faham. Dyah cuba faham. InsyaAllah.

Apa2 pun, dyah nak cuba hidup tanpa dia. Dyah nak cuba untuk lupakan dia. Dyah nak kena move on. Kali ini betol2. Fadiah BOLEH!!!!

"Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan..."



Rasa Ini

Assalamualaikum

Dyah tak suke rasa ni.

Kadang2 rasa penat nak layan perasaan-perasaan yang tak penting ni.

Tapi dyah tahu, perasaan ni adalah ujian.

Dyah bersyukur sebab dengan adanya rasa ini, dyah tahu nak menghargai dia.

Tapi kadangkala penat jugak dengan rasa ini.

Apa-apa pun, Khair InsyaAllah.



Kena yakin k, Fadiah =)



Sunday, January 10, 2010

Private

Assalamualaikum...







Tiba-tiba aku dapat ilham untuk nak 'private' kan blog ni...

So...

Tak lama lagi lah...






TUNGGUUUUUUUUUUUUU...







P/S: Pada sesiapa yang sudi untuk membaca blog aku, bagi la email korang k...

Saturday, January 9, 2010

Bukan Untuk Dijual

Assalamualaikum



Benda2 yang tidak boleh dijual-beli, meskipun kita ada seluruh harta di dunia ini:

1. Iman

2. Hati

3. Perasaan

4. Maruah

5. Ahli Keluarga

6. Persahabatan yang SEJATI

7. Kepercayaan

8. Rasa hormat

9. Kasih Sayang

10. Kenangan

Kalau tidak percaya, cubalah. Dan jikalau ada yang kurang, tambahlah. Takot terlupa. Biasalah. Manusia =)

Wednesday, January 6, 2010

Bahasa KITA

Assalamualaikum..

Ok...PENGUMUMAN: Mulai dari entri ini, aku nak membiasakan diri untuk menulis dalam bahasa Melayu yang betul. Biarlah kalau orang tak faham ke...orang nak kata skema ke... tidak mengikuti perkembangan zaman ke...peduli apa...yang penting, aku sayang bahasa aku =)

Apa yang membuatkan aku bersikap begini?

Ok, kerana 2 sebab:

(1) Sebab aku dapat inspirasi dari Dila & Ayoosh =)

(2) Sebab aku mengajar & aku dapati bahawa anak-anak di Singapura yang berBANGSA MELAYU, tapi tidak tahu atau tidak fasih berbual MELAYU...

Aku tidak bermaksud hendak fanatik dengan bahasa....TIDAK.

Cakap atau gunakanlah bahasa mengikut keadaan yang sesuai.

Kalau bercakap dengan orang Melayu, gunalah bahasa Melayu. Kalau bercakap dengan bangsa lain, gunalah bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa yang boleh difahami.

Dan sekarang ni, aku sedang memerah otak tentang cara untuk mengajar anak-anak ini...

Seawal umur 3-4 tahun sudah tidak tahu berbahasa Melayu. tetapi bila tengok bangsanya diletakkan Bangsa: MELAYU.

Hairan bukan?


Sunday, January 3, 2010

Jatuh

Assalammualaikum


Terasa nak menulis dalam bahasa melayu. Baru ingat nak tidur cepat hari ni. Tapi mata ni maseh segar nak menatap skrin laptop ni. Huhuhu.

Mari aku cerita sedikit tentang apa yang berlaku hari ni. Pagi2 lagi dah keluar untuk mengajar madrasah. Dah lama tak mengajar & bila mengajar pagi tadi, aku terasa sedikit kepuasan sebab dapat berkongsi serba sedikit ilmu dengan adek2 ni.... Untuk kelas aku, sepatutnya ada 11 orang kesemuanya. Tapi oleh kerana minggu PERTAMA persekolahan, jadi yang datang cuma 4 orang je. Dan Alhamdulillah, kesemua mereka memberi kerjasama yang baik. Walaupun kadang-kala mereka tidak betah untuk duduk. Biasa laaaaa...remaja. Sape yang suka nak dengar cikgu berbual? Hahaha...

Cuma satu saje yang aku kurang setuju ialah tentang sistem pengendalian kelas tersebut. Patot ke kita diberi penerangan tentang apa yang patot diajar pada hari yang sama sebelum kelas bermula? Sabar je laaaa...huhuhu.

Bak kata seorang teman: "Khair InsyaAllah =)"

Ok, selepas mengajar, aku terus ke Boon Lay untuk bertemu dgn W. Mula2 macam malas, tapi kena rajin2kan diri ni sebab W dah tolong bawakkan grad audit & partial transcript aku dari KL ke S'pura. Jaouh tuuuu...Jasamu di kenang, W... Mula2 ingatkan nak bebual2 dgn W sebab dah alang2 berjumpa...tapi takde rezeki nampaknye...sebab parent dia pun ikot sekali...so dia tak boleh lama. Jadi lepas dia beri pada aku benda tu, kita jalan jap & aku pun alek. Khair insyaAllah...

Lepas tu, aku tak tahu hendak ke mana. sebab kalau ikot plan sebenarnya, aku nak lepak dgn W jap, then terus ke Orchard selepas asar. Aku janji dgn Ayoosh untuk bertemu dengannya. Tapi memandangkan plan dah berubah, aku pun terus ke Orchard & layan diri sorang2. Sewaktu melayan diri tu, tetiba perasaan sedih menyelubungi hati ini.

Aku sedih. kerana terjatuh lagi. Malam sebelumnya berulang sekali lagi benda yang sepatotnya aku elakkan. Aku terlalu ikotkan rasa. Orang kata kalau ikotkan rasa, binasa. Itu lah diri aku.
Itu apa yang aku rasa petang tadi.

Oleh kerana lama lagi nak bertemu dgn Ayoosh, aku berjalan perlahan2 menuju ke Masjid al-Falah. Di situ, aku mencari ketenangan yang hilang. Aku menangis. Dah lama tak nangis mcm tadi..Dan Alhamdulillah, aku menemui ketenangan itu. Walaupun tidak banyak, tapi ia dapat mengurangkan keresahan di hati ini.

Selepas asar, Ayoosh pun tiba. Kita jalan2, makan2 & buat sesi luahan. Terima kasih Ayoosh kerana sudi meluangkan masa bersama & menyinarkan sedikit cahaya dalam hidup ini. *winks*

Banyak benda yang aku fikirkan sejak dah mula bekerja ni. Tentang masa depan, tentang masalah umat Islam di Singapura, tentang keadaan di tempat kerja...macam2 la... Lepas tu campur lagi dengan perasaan2 rindu aku terhadap kawan2...seperti adek2 aku, W etc...

Tapi walau macam mana besar atau banyak masalah yang datang sekali pun, aku TAK AKAN berputus asa. Biarlah lambat atau terhenti seketika, tapi aku akan teruskan.
Sebab itu ada lah diri aku.

Khair InsyaAllah ;)

Friday, January 1, 2010

Rindu


Assalamualaikum



Kawan saya kata,

Kalau kita Rindukan seseorang,

kita doakan untuk dia.

Oleh itu,

saya nak berdoa dan terus berdoa untuk orang2 yang saya rindu.


"Ya Allah, KAU jagalah orang2 yang aku rindu. Ampunkanlah dosa2 mereka dan kabulkan permintaan mereka. Jika ada diantara mereka yg di dalam kesusahan, KAU senangkanlah. Jika ada diantara mereka yg resah, KAU tenangkanlah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya selain daripada Mu. Ameen ya rabb...."