Wednesday, January 6, 2010

Bahasa KITA

Assalamualaikum..

Ok...PENGUMUMAN: Mulai dari entri ini, aku nak membiasakan diri untuk menulis dalam bahasa Melayu yang betul. Biarlah kalau orang tak faham ke...orang nak kata skema ke... tidak mengikuti perkembangan zaman ke...peduli apa...yang penting, aku sayang bahasa aku =)

Apa yang membuatkan aku bersikap begini?

Ok, kerana 2 sebab:

(1) Sebab aku dapat inspirasi dari Dila & Ayoosh =)

(2) Sebab aku mengajar & aku dapati bahawa anak-anak di Singapura yang berBANGSA MELAYU, tapi tidak tahu atau tidak fasih berbual MELAYU...

Aku tidak bermaksud hendak fanatik dengan bahasa....TIDAK.

Cakap atau gunakanlah bahasa mengikut keadaan yang sesuai.

Kalau bercakap dengan orang Melayu, gunalah bahasa Melayu. Kalau bercakap dengan bangsa lain, gunalah bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa yang boleh difahami.

Dan sekarang ni, aku sedang memerah otak tentang cara untuk mengajar anak-anak ini...

Seawal umur 3-4 tahun sudah tidak tahu berbahasa Melayu. tetapi bila tengok bangsanya diletakkan Bangsa: MELAYU.

Hairan bukan?


No comments: