Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

Maju Terus...


Baju sama, tapi isi lain *winks*


Assalammualaikum...

Dyah tengah kerajinan untuk nak update blog. So bare with me k... Kalau Dyah membebel apa2, dengarkan je la...

Ok, dah seminggu Dyah kat Singapore. Tak sabar nak alek Malaysia Eh, dah tak payah gi Malaysia lagi. Yahooooooooooooooooo~ Melainkan kalau ada urusan atau untuk holiday... Selain dari tu, Malaysia hanya lah sekadar kenangan =)

Dalam seminggu ni, takde buat benda sangat pun. Duduk rumah, kebosanan, tengok laptop, kemas bilik, kemas rumah, kemas laptop, kuar jumpa kawan2, siapkan resume & cuba apply mana2 keja yang ada... Kalau ada rezeki, insyaAllah tak kemana ;)

Macam gitu jugak dengan jodoh dan ajal... 3 benda ni, kita tak payah nak fikir sangat. Apa yang penting cuma USAHA & jangan sekali2 berputus asa...

Sebab tu Dyah nak maju dan gerak terus...kalau omputih kata "MOVE ON". Hah...macam gitulah...

Memang senang bila cakap, tapi kalau nak buat....MasyaAllah..Hanya Allah saja yang tahu.

Untuk jalan terus & tak pandang belakang ni, memang payah sgt kalau tak kuat.

Cuba kita tengok eh:

*berapa ramai orang yang tak kawin akibat putus cinta & terbayang2 kekasih lama?



*berapa ramai orang yang masih bermusuhan kerana tak dapat nak maafkan kesalahan lalu?



*berapa ramai orang mengalami tekanan perasaan kerana gagal dalam kehidupan & merasakan hidup itu tak patot diteruskan?

Jawapannya: Ramai.

Semoga kita tak tergolong dalam orang2 begini. Na'uzubillah...

Kadang2 bila tengok orang ada someone special, rasa jeles dan stress sikit. Tapi Dyah masih dapat kawal diri lagi.

Dyah teringat seorang sahabat pernah buat luahan:

"Kak, macam mana rasa ada pakwe?"

"Mula2 best la, tapi kena banyak sabar la. Tapi overall, tak best."

"Tu la. Saya ni tak penah ada matair. Kadang2 bila tengok orang ada matair. Stress jugak. Tapi sabar je."

"Bagos la. Awak kena kuat. Takmo ikutkan perasaan sangat. Sabar tu ada ganjaran dia."

"Tapi susah betol kan nak jumpa orang baik..?"

"Memang susah. Tapi tu semua ada hikmah. Lantaran kesusahan itu lah, kita akan lebih menghargai kalau kita dah jumpa nanti. Sabar k. Sampai masa nanti, datanglah putera raja awak tu..."

"Hehe...InsyaAllah. Untuk akak jugak."

"InsyaAllah..."

Selesai perbualan ringkas tu, Dyah berbisik pada diri: "Aku kagum dengan kecekalan dan kesabaran dia."

Sahabat Dyah tu tak pernah ada hubungan istimewa dengan mana2 lelaki. Dia kata dia nak tunggu dan sabar untuk suaminya saja. Bagos betol! Tak macam Dyah ni. Haiz.... Dah pernah ada dulu, cukuplah. Sekarang Dyah nak simpan hati ini, untuk orang2 yang pandai menghargai Dyah & bakal suami saja. InsyaAllah.

Oh, btw kan, Dyah nak korang semua tahu yang Dyah tak menentang sesapa yang nak ada matair ke, pakwe ke, balak ke, jati ke & yang sewaktu dengannya..

Itu semua terpulang yang empunya HATI k. Kalau korang sayang HATI korang, pilih la yang mana korang rasa baik ;)

Dyah hanya menentang benda ni untuk diri Dyah saja. Sebab Dyah nak jaga diri ni untuk bakal suami tersayang. Dyah tak nak bazirkan perasaan untuk orang2 yang tak menjamin apa2. Kita ni manusia. Kita perlukan jaminan. Sebab itu, untuk manusia ni, ALLAH sediakan syurga dan neraka itu sebagai jaminan. Kita KENA ada benda2 macam gitu untuk meningkatkan usaha kita.

Sama jugak dengan HATI ni. Buat apa lah bagi hati kat orang yg tak menghargai kita, yang tak sudi nak dengan kita.

Dyah selalu ingat pesanan nenek: "Dyah, kalau nak cari suami, cari orang yang SUDI dengan kita ye...."

InsyaAllah...Dyah akan terus cari & tak akan putus asa. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameeen....







Sunday, November 22, 2009

Penjelasan

Assalammualaikum


Tentang luahan perasaan Dyah semalam, Dyah nak semua tahu yang Dyah sama sekali TIDAK menyalahkan W. Malah, dyah bersyukur sangat dapat kawan mcm dia.

Dengan kehadiran dia, Dyah dapat belajar untuk lebih menghargai kawan...

Dengan kehadiran dia, Dyah dapat mengenali kelemahan diri...

Dengan kehadiran dia, Dyah dapat jadi lebih kuat dari yang sebelumnya...

Walaupun kita selalu gaduh...kadang2 tak bertegur-sapa sehari dua...tapi Dyah maseh hargai dia sebagai seorang kawan. Kita pernah kongsi sesuatu.

Apa yang Dyah kongsi semalam, hanyalah sekadar luahan. Dah lepas tu, dah tak simpan apa2 lagi. Walaupun terkilan, tapi Dyah sedia maafkan dia. Sebab Dyah tak suka berdendam. Bukan nak step baik, cuma memang ni DIRI Dyah. Dyah tak pandai nak marah lama2, malas nak dendam2...rasa buang masa je.

Kadang2 tulis pasal benda2 mcm gini pun, rasa tak penting. Sebab perasaan kan. Bila2 masa boleh berubah.

Ok, cukuplah cerita ttg W. kerana dia hanya persinggahan. Semua benda kat dunia ni hanya sementara sbb ni kan tempat persinggahan.

Ada benda yang lebih penting untuk Dyah fikirkan.

Dyah dah banyak sangat buat salah. Dyah tak nak terus buat salah lagi.... Dyah tahu org mesti cakap belakang Dyah sebab Dyah pun kadang2 cakap pasal orang... Biarlah selagi diorang boleh bercakap.... Teruskanlah...

Yang penting dyah tahu apa yang dyah buat. Titik.

Assalammualaikum.

Perasaan Saya

Assalammualaikum

Ok. nak cuba tulis dalam bahasa Melayu. Ayoosh dah cuba. Sekarang giliran dyah pula. Hehe..

Dalam hidup ini, terlalu banyak keputusan yang kita kena buat. Sebab tu kita kena pilih betol2. Tapi kalau org mcm dyah ni, yang selalu berubah2 fikiran, susah sikit la...Dyah mmg tak pandai nak buat keputusan yg penting, tapi Dyah nak cuba jugak. Dyah tak nak berputus asa.

Macam gitu jugak dgn perasaan ni.

Suka kat orang, tapi orang tak suke kat kita. Kadang tu pulak, kita tak suka kat orang, tapi orang suka kat kita. Layan je laaaa. Kadang2 penat nak layan perasaan ni. Dyah bukan nye seorang yang suka layan perasaan, tapi orang selalu ingat Dyah takde perasaan. Kenapa eh?

Dyah kawan dgn W. Baik dengan dia. Tapi kadang2 dia tak faham Dyah. Dyah penah tanya dia, dia anggap Dyah sebagai apa. Dia kata kawan rapat. Tapi macam gini ke kawan?

Bukan ke kawan kena kongsi susah & senang bersama?

Bukan ke kawan kena ada bila kita perlukan seseorang?

Bukan ke kawan kena saling tolong-menolong?

Tapi tu semua Dyah tak rasa bila dengan W. Ini betol-betol, bukan cobaan.

Selalu Dyah je yang dengar masalah dia. Masalah Dyah? Jangan haraplah dia nak tanya. Dyah je yang kadang2 cerita atau minta pendapat dia.

Semua tentang dia. Dia suka perempuan tu, dia stress dengan budak tu, dia ada masalah ni, mcam2 la....Tentang Dyah?

Dyah tak harap dia concern pasal dia. Cuma SEKARANG ni, Dyah baru sedar yang selama ni PERSAHABATAN kita berat sebelah. Dyah tak harapkan balasan dari dia, tapi Dyah cuma nak dia tahu yang Dyah ni manusia. Masih ada perasaan. Masih ada hati.

Kalau sesapa yang baca Blog Dyah ni & kenal dgn W, sila la pesan dgn dia.

Dyah hargai dia sebagai kawan. Dyah tak marah. Dyah tak sedih. Cuma Dyah terkilan.

Kita semua manusia. Setiap perbuatan kita ada batas. Nak jadi baik, ada batas. Nak jadi jahat pun ada batas. Dyah tahu W pun manusia. Ada kelemahan. Dyah akan maafkan kalau itu yg dipinta. Cuma Dyah nak di dengar dan nak DIA tahu.

Cukup lah 2 tahun Dyah lalui. Agaknya sebab tu la antara lelaki & perempuan tak boleh rapat sgt. Mungkin.

Dyah TAK salahkan dia. Sebab apa yang terjadi pada diri Dyah, Dyah yang pilih. Dyah nak dia tahu supaya dia tak akan buat orang lain mcm mana dia buat Dyah.

Dan sekarang ni, keputusan Dyah untuk tinggalkan dia. Walaupun amat berat dan payah, Dyah nak cuba. Sebab....

Dyah dah penat.

Assalammualaikum =)

Monday, October 5, 2009

Percubaan Pertama

Bismillah....

Untuk entry kali ni, nak try type dalam bahasa Melayu pulak... tapi bukan fully Malay ar...bahasa rojak la...hehehe..

Ok, so here the story goes...kita buat some recap sikit k ;)

Friday: Hari yang BEST! Gi HS dalam pukul 11 sebab nak brunch. Sampai je, ramai adek2 yang dah ada kat situ. Diorang sibuk2 nak pre-reg, tgk schedule etc. Al-maklumlah, first year. Teringat masa aku first year dolu2. hehehe... Ok, pastu gi class kul 12, dengan harapan akan dapat balik semula mid-term. Tapi hampeh! Tak tahu nape. Lecturer tak cakap pun. Huhu. Cuma yg penting, ada presentation & pengumuman yang class pada Selasa pagi, akan ditukarkan pada Isnin Malam. OH NO!!!! Aku paling tak suka class malam. but what to do....REdha jer la...OK, Pas class, contact Nuya sebab nak practice drive. Then nuya kata, dia amek aku pas solat Jumaat. sO aku pegi la masjid dulu untuk bersolat Jumaat. Lepas solat, aku dapat main2 drive dgn Nuya, Sakinah & Loy. Best sangat2! Aku dah suka & tak takot lagi untuk drive. ALhamdulillah =) Practice sampai petang. Then malam tu, Bluefairy & MooN datang bilik aku. Kita buat sesi Kara-OK gila2. Hahaha...mmg best untuk nak menghilangkan stress.


Saturday:
Turun HS dalam pukul 1045am dengan Sarah. Jumpa MOon & EDa. Bebual2 kejap. Then jumpa Bluefairy & Asier. Farhan pun sampai. BEbual2 jap, pastu diorang nak kuar. Tinggallah aku dgn Farhan je. Pastu, Farhan nak gi amek robe untuk kak Sarah, so tinggal lah aku sorang dgn barang2. hehe. Masa tgh duduk sorang, jumpa OpeL, Fasihah & Shitah. Ramai nye orang yang aku jumpa niari. Hepinyeeeee. Hehehe.

Dalam pukul 1230+, W datang sbb nak amek muvee dari aku. Mula2 tu, dia kata malas nak datang sbb hari tu hujan. Dia malas nak bangun. Abeh, lepas aku dah marah2 dia, dia datang jugak. sbb aku dah penat2 bawak laptop, abeh senang2 je nak cancel. Haiyo...ingat aku ni apa? Nak tak nak, dia kena la turun jugak walaupun lambat. Hehehe. Nasib baik aku lama jugak kat HS.

Bila dia dah sampai, semangat nak tunjuk aku video2 bola yang dia save. Aku pun layan je. Memang best ar. Skill diorg SUPERB! Kalah pemain2 yg professional ;) Kita duduk lama jugak. Lepas zohor tu, aku jumpa Megat & Shady. W pun ada jugak. Tapi kita bebual tanpa menghiraukan dia yang duduk disebelah aku...Hahaha. cian dia But, who cares? Dia pun tak kisah...hehehe. Tapi bila dia dah boring, dia pun decide untuk membawa dirinya keluar. Hehe. Aku teruskan perbualan aku dgn shady & Megat. Best Lah!! Dah lama tak jumpa, so macam2 cerita keluar. hehehe. Dalam pukul 3 gitu, aku alek. Megat hantar sampai Mahallah. weeee~

Lepas asar, keluar Lagi =D. Berangkat dari UIA dgn Hyni, Nuya & Zimah. Jumpa Bluefairy & ASier. Pegi Times Square. Masa OTW tu, Dyat sms. Aku ajak dia join kita. Then dia pun kata Ok. Kita gi makan kat Secret REcipe. Then half way tu, Dyat sampai. Dia blanja kita!!! Wuhooooo~
Hepi tak terkata. Kalau tahu dia nak belanja, aku order yang mahal2 sey Hehehe.
Lepas makan tu, gi solat & main bowling. AKu tak main sbb Bowling is not my thing, so jadi observer je la. Aku dapat beli satu baju. heeeee~ Overall of the outing, BEST!

Sunday: Pagi2 lagi dah keluar untuk nak support budak2 main netball. Game habis dalam pukul 12 lebih. Kita pegi lunch kat HS. Then balek, tido jap. Dlm pukul 3+ gitu, Light datang bilik. Share2 story & tgk VMA. Kekek sey ketawa. Mepek betol. Dia stay sampai maghrib. Then, lepas tu, aku sambung tgk muvee. muvee marathon habis ar. Nak habiskan muvee2 dalam lappy ni, jadi boleh delete. heeee~


OK, enough of the recap.

Lately ni kan, aku rasa aku ada potensi untuk jadi Ahli Pemikir Negara la. hehehe. Selalu memikirkan benda2 yang tak penting (ada jugaklah yg penting). Kadang2 tak nak fikir, tapi tak dapat nak elak. So, aku nak try control la.


Owh one more thing, I think my feelings towards someone have changed. I DO realize that he is my bestfriend, but I can't help falling for him. However, from days to days, this feeling keep fading and I soon realized that I am coming back to like him as my bestfriend! Weeee~ I am happy with these feelings transition of mine ;) I will not have to think on ways of how to express my true feelings for him. YeaY! And indeed, feelings are not permanently static. It can be change through time and experience. However, the TRUE original feelings will always remain the same. Just like this feeling of mine. A bestfriend will always remain a BESTFRIEND x)

AlaMaaaaaaaaaaaK...mana Melayu aku? Haiz....






Sunday, July 19, 2009

L. I. F. E

Hidup ini perjuangan....
Dan tiada kesenangan di dalam berjuang.

Be strong, Fadiah! =)





----------------
Now playing: Hijjaz - Lukisan Alam
via FoxyTunes