Thursday, November 26, 2009

Maju Terus...


Baju sama, tapi isi lain *winks*


Assalammualaikum...

Dyah tengah kerajinan untuk nak update blog. So bare with me k... Kalau Dyah membebel apa2, dengarkan je la...

Ok, dah seminggu Dyah kat Singapore. Tak sabar nak alek Malaysia Eh, dah tak payah gi Malaysia lagi. Yahooooooooooooooooo~ Melainkan kalau ada urusan atau untuk holiday... Selain dari tu, Malaysia hanya lah sekadar kenangan =)

Dalam seminggu ni, takde buat benda sangat pun. Duduk rumah, kebosanan, tengok laptop, kemas bilik, kemas rumah, kemas laptop, kuar jumpa kawan2, siapkan resume & cuba apply mana2 keja yang ada... Kalau ada rezeki, insyaAllah tak kemana ;)

Macam gitu jugak dengan jodoh dan ajal... 3 benda ni, kita tak payah nak fikir sangat. Apa yang penting cuma USAHA & jangan sekali2 berputus asa...

Sebab tu Dyah nak maju dan gerak terus...kalau omputih kata "MOVE ON". Hah...macam gitulah...

Memang senang bila cakap, tapi kalau nak buat....MasyaAllah..Hanya Allah saja yang tahu.

Untuk jalan terus & tak pandang belakang ni, memang payah sgt kalau tak kuat.

Cuba kita tengok eh:

*berapa ramai orang yang tak kawin akibat putus cinta & terbayang2 kekasih lama?



*berapa ramai orang yang masih bermusuhan kerana tak dapat nak maafkan kesalahan lalu?



*berapa ramai orang mengalami tekanan perasaan kerana gagal dalam kehidupan & merasakan hidup itu tak patot diteruskan?

Jawapannya: Ramai.

Semoga kita tak tergolong dalam orang2 begini. Na'uzubillah...

Kadang2 bila tengok orang ada someone special, rasa jeles dan stress sikit. Tapi Dyah masih dapat kawal diri lagi.

Dyah teringat seorang sahabat pernah buat luahan:

"Kak, macam mana rasa ada pakwe?"

"Mula2 best la, tapi kena banyak sabar la. Tapi overall, tak best."

"Tu la. Saya ni tak penah ada matair. Kadang2 bila tengok orang ada matair. Stress jugak. Tapi sabar je."

"Bagos la. Awak kena kuat. Takmo ikutkan perasaan sangat. Sabar tu ada ganjaran dia."

"Tapi susah betol kan nak jumpa orang baik..?"

"Memang susah. Tapi tu semua ada hikmah. Lantaran kesusahan itu lah, kita akan lebih menghargai kalau kita dah jumpa nanti. Sabar k. Sampai masa nanti, datanglah putera raja awak tu..."

"Hehe...InsyaAllah. Untuk akak jugak."

"InsyaAllah..."

Selesai perbualan ringkas tu, Dyah berbisik pada diri: "Aku kagum dengan kecekalan dan kesabaran dia."

Sahabat Dyah tu tak pernah ada hubungan istimewa dengan mana2 lelaki. Dia kata dia nak tunggu dan sabar untuk suaminya saja. Bagos betol! Tak macam Dyah ni. Haiz.... Dah pernah ada dulu, cukuplah. Sekarang Dyah nak simpan hati ini, untuk orang2 yang pandai menghargai Dyah & bakal suami saja. InsyaAllah.

Oh, btw kan, Dyah nak korang semua tahu yang Dyah tak menentang sesapa yang nak ada matair ke, pakwe ke, balak ke, jati ke & yang sewaktu dengannya..

Itu semua terpulang yang empunya HATI k. Kalau korang sayang HATI korang, pilih la yang mana korang rasa baik ;)

Dyah hanya menentang benda ni untuk diri Dyah saja. Sebab Dyah nak jaga diri ni untuk bakal suami tersayang. Dyah tak nak bazirkan perasaan untuk orang2 yang tak menjamin apa2. Kita ni manusia. Kita perlukan jaminan. Sebab itu, untuk manusia ni, ALLAH sediakan syurga dan neraka itu sebagai jaminan. Kita KENA ada benda2 macam gitu untuk meningkatkan usaha kita.

Sama jugak dengan HATI ni. Buat apa lah bagi hati kat orang yg tak menghargai kita, yang tak sudi nak dengan kita.

Dyah selalu ingat pesanan nenek: "Dyah, kalau nak cari suami, cari orang yang SUDI dengan kita ye...."

InsyaAllah...Dyah akan terus cari & tak akan putus asa. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameeen....







No comments: